Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, February 15, 2012

Trip ke Cameron~ again...

Dah seminggu lebih, baru hari ni berkesempatan nak update pasal trip ke Cameron Highland masa our anniversary day (5hb 2 lepas).....sangat best dan syiok gak la...cos dapat bercuti n bersama dengan yang tersayang...

tak payah banyak citer...layan je erk... cuci mata gambar2ku...di Cameron Highland..
Mak abah di depan Harritage Apartment....
fiuhh...nasib la dpt umah tingkat  1...kalau tak..pedas telinga

Anak2 buah 'strawbery' yang macam2 ragam...huhu

Si Hilmi (baju hitam)..naik bukit tak lepas..atas faktor...keberatan badan hihihi.....

Family Akak (my 2nd sibling)...

Cam tak lengkap lak kalo xde  narrator kan...huhuhu

Dengan si Qayyum....mase kat Kea Farm...semntara tunggu pak su amik keta..
untuk loading barang

Antara pengunjung2 yang menyesakkan jalan raya Brinchang~Ringlet...huhuhu....

Macam tak meriahje kalo xtunjuk ladang tehkan.....so ni gmbar last sebelum balik.....


Nak tengok lagi ke?....dah-dah......huhu......this is sweet memory untuk early 2012.....huhu.....nak gi jenjalan ke tempat lain plak la...boleh tak laling?.....hehehe

Friday, February 3, 2012

Hampir Setahun

Pejam celik pejam celik....tak sedar masa berlalu dengan sangat pantas.....2 hari lagi.....cukup setahun saya bergelar isteri untuk tahun pertama fasa perkahwinan saya dengan en.hubby....

Alhamdulillah 1 tahun ni cukup menggembirakan dan membahagiakan saya..... tambah-tambah melalui hari2 bersama menunggu tibanya cahaya mata sulung....lambang cinta kami....

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan sayang...semoga hari-hari mendatang akan membawa lebih kasih sayang dan pengalaman manis untuk kita berkongsi bersama....

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

I Love You Mohd Nazaruddin.....till end of my life...