Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 21, 2013

Kelahiran yang dinanti...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..kerana saya masih bernafas...selepas melalui detik2 yang penuh mendebarkan sepanjang hidup untuk bergelar ibu...

Sudah ber bulan2 bil blog ni tertunggak....xberkesempatan untuk mencoret dan berceloteh..masa banyak dihabiskan untuk orang baru yang saya dan hubby nantikan selama 9 bulan...huhu... so today..our love menjengah ke usia 7 bulan. Alhamdulillah...

Mengimbau detik cemas ketika hari itu;

Hari raya puasa saya beraya dikampung sebelah suami. Memang terdetik juga didalam hati "agaknya tak sempat kot nak masuk kerja semula..so pack barang-barang siap la untuk tinggalkan ofis.."...huhu...hari raya pertama memang saya aktif kehulu kehilir. Mamandangkan ramai saudara sebelah suami yang datang menziarah..ada yang bertnya bila due?...."sambil tersenyum...."tunggu hari"...

Dan ada yang mengatakan perut saya dah jatuh....orang tua kata tak lama dah tu...huhu...alamak..takut...Nak dijadikan cerita, pada syawal ke-2, saya dah menunjukkan tanda-tanda nak bersalin...bila air ketuban turun membasahi 2 kain batik yang saya pakai..sampai di Hospital Jerantut, Misi meng 'check' jalan..katanya baru 3cm...so mungkin lambat lagi nak bersalin....masa tu baru pukul 7.11 pagi...hehehe...

Sampai pukul 3 petang Dr Cina datang untuk memeriksa saya..katanya bukaan masih sama....dan ada tanda baby sudah poo poo dalam perut.....huhuhu..so dengan segeranya, saya dibawa manaiki ambulans ke HOSHAS, Temerloh...rupanya petang tu ramai jugak yang senasib dengan saya yang menanti waktu untuk bersalin..huhu...

Jam sudah memasuki pukul 6 petang, barulah tanda-tanda sakit itu ada....jenuh menunggu..dan ramai juga Dr yang datang menelek bukaan...hisshhhh..malunya.....saya dimasukkan ke wad menunggu 'turn'. Mesin untuk mengetahui gerakkan jantung baby diletakkan ke atas perut saya. Ya Allah..sakit belakang semakin menjadi2....Dr memasukkan 'air ubat' ketangan.....katanya untuk cepatkan bukaan....tapi...kesakitan makin kerap....rasanya selang 5 minit.....

Jam dinding baru pukul 8...Dr yang memeriksa memeriksa memberitahu, bukaan baru 4 cm....Ya Allah...lamanya.....mampukah saya menahan lagi kesakitan ini....dalam fikiran hanya teringat suami & mak abah....sesungguhnya kesakitan itu hanya Allah sahaja yang tahu.....apabila bukaan memasuki 6cm...saya ditolak masuk ke labour room....

Berkali-kali saya merayu misi untuk memanggil suami, kali 3 barulah suami datang meneman....katanya, staf tak ramai, jadinya tak sempat untuk panggil...memandangkan ramai yang nak bersalin musim raya ni....
Jam menghampiri pukul 12 malam....kesakitan sudah tak tertanggung...melihat tapak tangan sudah biru, saya sudah tidak bermaya...apa yang mampu, rasa untuk meneran....walaupun dilarang sama sekali oleh staf hospital ketika itu.....rupa2nya...jalan sudah terbuka sepenuhnya...kesakitan semakin menjadi selang 2 min....

Finally...syukur...tepat jam 1.07 pagi..lahirlah putera tercinta kami.....memandang suci wajah kecil mu...hilang rasa kesakitan mama untuk melahirkan mu sayang....Muhammad Naufal Amsyar nama diberi...semoga hadir mu..membawa kebahagian & menjadi pengikat kasih sayang mama papa... semoga sifatmu menjadi "yang terpuji, dermawan & yang cergas" seindah namamu....


We Love You