Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 10, 2011

Review FB

Malasnya nak buat kerja sejak balik dari cuti ni ...tak tau la kenapa lemau sangat badan dengan semangat ni.

Semalam masa ngajar pun, dah merapu macam-macam.....dek kerana weak tahap penyu....

Tapi hari ni timbul pulak kerajinan untuk membaca status kawan2 dekat FB selain menambah 'pengetahuan' membaca karangan kawan cyber di blog.....

Lepas baca satu persatu, belek dan belek.....saya nak conclude...antara topik (FB) yang femes: (dari kaca mata ayu saya) huhuhu

Tempat ketiga ~

Games ~ Post bantuan untuk aplikasi games...kalau tengok kat profile saya tu...penuh la gmbar kartun...sebab ramai yang request...
&
Medium perniagaan ~ selain dari mencari geng2 lama dan mengukuhkan persabatan yang sedia ada..FB jugak boleh jadi tempat medium jual beli....so masing2 mempromosi apa yang dijual.....seperti pakaian, aksesori wanita and lain-lain......

Tempat kedua ~

Share Link ~ ramai jugak yang berkongsi maklumat, baik artikel surat khabar, atau tulisan sendiri atau di 'kidnap' dari post orang  lain.....topik ni kebanyakkannya bagi info secara tak sengaja pada kawan2..(macam saya gakla....) especially yang rajin online fb tpi xrajin mengexplore maklumat2 terkini...so bila dah tau.....alamak!!!!..yeke??....adoii..camne ni???....

Tempat pertama ~

Update tentang family ~ pasal anak, suami, isteri, mak ayah dan lain-lain.....especially yang baru melahirkan atau memperoleh zuriat.....macam-macam cerita dan macam-macam gambar di uploded.
&
Status emosi/keadaan/perasaan ~ contohnya luahan perasaan tak puas hati, khabar tentang kesihatan sendiri atau orang lain, geram, gembira, sedih dan lain-lain...

So, boleh dikata..dengan FB, macam-macam la orang boleh buat.....guna untuk perkara yang manfaat apalagi sebaliknya...(ni bukan nak mengagungkan kelebihan FB) tapi sebagai pengguna berpada2la ye.....hehe


nak details klink link ni
No wonder la kalau mengikut statistik ramai dari rakyat Malaysia yang mempunyai akaun FB walaupun baru berusia 3-4 tahun...."twitter ada?..."


No comments: