Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

Mom To be...

Alhamdulillah.......segala puji bagi Mu..
Tuhan yang memberi kasih sayang  tak henti-henti pada hamba-Nya...

Hati sebak....air mata mengalir....tetapi difikiran ada keliru...

Tanggal 25 Disember 2011....seawal jam 5 pagi saya bangun dari tidur....dalam hati tertanya2....perlu ke saya buat UPT ?....alasan konkrit......bila period masih tak datang untuk bulan 12ni....

keputusan diambil.....

selepas merenung beberapa ketika....masih tidak keluar sebarang jalur....saya redha...dalam fikiran maybe tester rosak...sebab tersimpan sekian lama....

saya terperanjat bila hubby ada dimuka pintu tandas......katanya 'tak apa...maybe next time boleh test lagi.....'

.......

sementara menunggu subuh...mata terlelap seketika......selepas mengambil wuduk....hati terdetik nak tengok balik UPT......hah???!!!..

saya melangkah ke bilik......"pa............tengok ni.."

hubby terpinga2......kenapa?.....dia tersenyum....mungkin faham....alhamdulillah katanya....

Saya happy.....namun saya tak pasti.....niat bertanya pada yang pakar...terpaksa ditangguhkan..... sebab cuti Krismas.........saya cuba tenangkan hati.......perasaan ini bercampur2....

Tapi, bila tengok si Hubby...dah excited sangat....ya Allah.....takutnya saya....

Hari Isnin 26hb Dis 2011, kami ke Klinik Syai yang ada di Jerantut....Doktor meminta saya untuk jalani UPT sekali lagi....saya risau.....jantung berdegup laju...macam belari 100meter gayanya....

Pembantu Doktor bersuara dari jauh.....2 line doktor....tapi samar...

Saya terpana....apa jawapannnya?....

Ya....Positif....dah 5 minggu....insyaAllah pertengahan bulan 1 dh boleh scan......untuk tengok baby....kata doktor...

Ya..Allah ya Tuhanku.....Alhamdulillah.....syukur kepada Mu.....saya benar2 lega....kekeliruan yang bermain difikiran 2-3 menjak ni terungkai juga..............

Mungkin inilah hikmahnya......di sebelah, hubby tersenyum gembira......

mudah2an kurniaan ini dapat mendekatkan lagi saya pada yang Esa...Amin ya Rabbal Alamin...

Friday, December 23, 2011

Emosi Bercampur Aduk....

Disebalik kesibukkan memberi tunjuk ajar pada adik-adik yang sedang dalam proses mendapatkan sijil ICT ni....kecelaruan minda tiba-tiba menjengah..... sampaikan adakalanya saya merapu ketika mengajar....

Dan ada ketikanya peserta terpaksa menunggu 10-15 minit didalam training room untuk menyambung sesi latihan.....kenapa?.....saya menjadi seorang pelupa....padahal ketika dia melangkah masuk....saya menyapa....Ya Allah.....penyakit apakah ini......nauzubillah saya diisytihar nyanyuk walaupun masih belum menjangkau usia 30an.....

Ada juga masanya saya cepat mengelamun...sukar untuk concentrate pada keadaan/dunia reality.....dan 1 ketika, saya jadi tak tentu arah dibuatnya.....

Astagfirullah......hati kecil mengingatkan saya.....

Dan kini..saya memikirkan mengenai 'sesuatu perkara'.....walaupun akal menafikannya.....tapi naluri ini mengatakan 'Ya...'

Ya Allah...hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terjadi dan terselindung disebalik tragedi ini....Moga,  perasaan dan emosi silih berganti ini menjadi 1001 hikmah pada saya...amin...

Sunday, December 18, 2011

Alkisah Doli & Domo

Sekian lama membeli, membela dan menjaga.....hehehe.....seperti yang dijanjikan, hari ni saya ingin memperkenalkan pada semua empunya nama "Domo & Doli".....sila klik untuk tau citer yang pernah saya postkan masa bulan 10 hari tu.....

Ini Domo
Sekarang Domo dah berusia hampir 4 Bulan, dan Doli dah berusia 3 bulan.

Ini pula Doli

Saya suka mentelentangkan Domo&Doli ni atas peha saya...so bila diusap.....sampai pejam2 mata jadinya.....huhu...manje la tu.....


Tapi yang tak tahan tu..Domo ni dah gatal.....hari2 nak 'mengorat' si Doli......sudahnya saya pulak yang risau...takut2...nanti dapat cucu awal...kui2.....

Ini adegan kejar mengejar ye.....bila Domo nak "mengorat" Doli kui2..

Gambar seterusnya terpaksa di sensored kerana mengandungi unsur 18Sx hahahhaha....ini adalah cubaan Domo....


...yang sedihnya......Bulu si Doli banyak yang gugur....ingatkan salah makan....rupa2nya si Domo punya angkara......dia menggigit sesedap rasa.....

Tapi bila Doli menolak...begini la jadinya........hahaha......Domo majuk kui2.....
Domo & Doli juga...sangat kuat makan...buat masa ni saya berinya makan dedak.....tapi ada kalanya bagi jugak dorang makan kangkung.....hahaha......selera sekali sekala....walaupun penjual nya tak menggalakkan dorang ni makan makanan lain sebelum usia cecah 1 tahun....tapi, macam manusia.......sekali sekala teringin jugak nak makan lain macam KFC selain nasi, betul tak? hehehe.....

Cume yang tak tahan.....bila nak mensucikan tray tandas dorang ni....Ya Allah.......pening jadinya......sangat Uchukkkkk!......huhuhuhu

Thursday, December 15, 2011

Wuuhuu..

Assalamualaikum....I'm back...(dengan semangat keterujaan yang tak melampau-lampau)..
rasanya tak bersawang lagi kot blog ni......sebab baru je beberapa hari tak update hihi (jaga hati sendiri)..hehehe

Pelikkan....bila disuruh buat artikel untuk majalah....macam-macam idea di korek tapi satu pun tak tercurah..
seolah-olah otak membeku....huisshh.....padahal sok dah last due.....kalau tak hantar, maunya dapat surat cinta online la pas ni..kui2......

Tapi...

Kalau blog....tak payah diasah atau digali....idea tu ada je....~cume bergantung kepada mood pula~....so tak ada cerita pun still juga nak cerita..

So topic entry ni pasal komik online terbaru ~ wuuhuu extually tak adala baru mana pun...tapi saya yang baru membaca nya secara online sejak 2-3 menjak ni.....ecomic wuuhuu ni dah masuk isu yang ke-16.

apa yang seronoknya, komik ni macam komik biasa yang kita beli di kedai-kedai..cuma cara persembahan sahaja di atas talian atau online....nak selak ke halaman seterusnya pun boleh selak macam kertas...waaa...
For the first time saya agak jakun juga sebenarnya...kui2....

so..apa kata korang cuba pula......

**Nota Buku Lali~ Dah lama rasanya tak beli komik ujang, Apo.....dulu masa sekolah...memang suka menghabiskan duit beli2 komik ni....sampaikan kat rumah dah macam book store, ada doraemon, majalah disney, dan lain-lain...sekarang kat manalaa komik2 tu menghilang erk....

Sunday, December 11, 2011

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang...

Assalamulaikum semua..

Tajuk entry terbaru saya kali ni dah macam lirik lagu Noh Hujan dah..."Pagi Yang Gelap" hehe...

Malam tadi semua umat seluruh dunia dapat merasai detik2 tibanya gerhana.....Alhamdulillah sempat lah juga menunaikan solat sunat 2 rakaat sempena terjadinya gerhana bulan...

Terdetik dihati...risau bimbang dan takut.....entah kenapa.....hanya Allah SWT yang Maha mengetahui hikmah kejadiannya......

Di tempat kerja, saya cuba mencari hikmah berlakunya Gerhana ini. Mungkin agak terlewat, tapi ianya sedikit sebanyak membantu insan yang cetek ilmu macam saya.

So ini yang saya dapat....dari artikel "Voice Of Al-Islam"....ayatnya terpaksa saya ubah sikit2 kerana...ada menggunakan bahasa indonesia...dan saya harap ianya tak mengubah maksud info yang ingin disampaikan:


Gerhana matahari maupun bulan merupakan fenomena alam yang ditakdirkan oleh Allah Azza wa Jalla untuk menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya. Di mana gerhana matahari akibat posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalangi cahayanya, dan gerhana bulan akibat posisi bumi yang berada di antara matahari dan bulan sehingga tidak bisa memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Pada zaman Nabi SAW telah berlakunya 1 kejadian gerhana matahari. Menurut ulama, berlakunya pada tanggal 29 Rabi’ul Awal tahun 10 Hijriah kerana memang gerhana matahari tidak terjadi kecuali pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pada pertengahan bulan Hijriah. Bersamaan dengan masa kemangkatan putera baginda yang tercinta, Ibrahim.

Hal ini merupakan takdir Allah SWT kerana masyarakat jahiliyah dahulu berkeyakinan bahawa gerhana terjadi kerana ada kematian atau lahirnya seorang bangsawan atau yang berkedudukan tinggi. Maka Allah Ta’ala telah membatalkan keyakinan ini dengan menjadikan gerhana di zaman Nabi SAW (bersamaan kemangkatan putera baginda) untuk menjelaskan bahawa gerhana adalah Fenomena alam yang ditakdirkan Allah Ta’ala dan tidak ada kaitannya dengan kejadian apapun di muka bumi.

Rasulullah SAW bersabda:

Dari Abu Mas'ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah. Apabila kalian menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah” (HR Bukhari dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nombor 1516).

Jadi pengajarannya yang boleh kita ambil adalah:

Pertama: Keduanya (Gerhana Bulan/Matahari) merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala yang menciptakan alam semesta ini, menguasainya, serta mengaturnya. Tidak ada satupun yang dapat menghalanginya sekiranya Allah Berkehendak untuk merubah aturan alam sebentar dari kebiasaan. Untuk menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa Agungnya Allah. Maka tidak wajarlah seorang manusia untuk menyombongkan dirinya di hadapan Allah. Justeru, seharusnya manusia perlu tunduk patuh kepada peraturan dan hukum Allah, tidak kepada yang lain.

Kedua: Ianya merupakan kehendak Allah untuk menakuti hamba-hambanya dengan mengingatkan mereka dari kelalaian dan dosa. Di mana telah berlakunya fitnah dan kerosakan di muka bumi yang berpunca dari tingkah laku manusia. Maka hikmah Allah SWT berkehendak, untuk menyedarkan mereka, bahawa azab dan siksaan-Nya di neraka lebih pedih dan kekal.

Ketiga: Bahawa kejadian-kejadian alam tidak ada hubungannya dengan kematian atau lahirnya seseorang. Jika Allah Berkehendak untuk menjadikan sesuatu, maka terjadilah.

Wallahu a'lamu bis-shawab.

Kredit untuk [abu raidah/voa-islam.com] atas penerangan yang banyak memberi input kepada saya....

Friday, December 9, 2011

Rezeki 3Hari

Alhamdulillah....disebalik ke'haruan' membusykan diri mengajar peserta kursus sana sini.......ada la juga berita 'happy' yang diperoleh bergolek-golek....

Rezeki Rabu, Khamis & Jumaat.... syukur...bkn 1 hari...akaun beranak 3 hari....hehe..

Walaupun ianya tak sebanyak macam sesetengah orang yang memperoleh bonus tahunan....saya assume je la ianya sebagai "BONUS"....

sebabnya, nak tunggu bonus betul2....memang tak la....dah di sound awal.....tiada kenaikan gaji...apatah lagi bonus...so redha la wahai hati...

Pada ketika ni...mulala otak ligat je mencari idea untuk 'membazirkan' wang ke jalan mana....

  • Bercuti?
  • Simpan dalam ASB?
  • Booking tiket flight (yang tak lepas2 berangan nak ke Sabah....)
  • or......
**Nota Buku Lali: astagfirullahalazim..... buat kira2 dulu ye...jangan main sebatje semua.......kui2...

Friday, December 2, 2011

Cerita Teman

Bila musim cuti sekolah ni banyak la undangan perkahwinan datang mengundang....tak kira yang dok dekat
mahupun dok jauh. Masing-masing ambil peluang nak meraikan hari bahagia masa cuti ini.

Tak ketinggalan juga berita dari teman-teman yang baru melahirkan baby. Seronok tengok.

Ucapan tahniah dari saya dan suami. Terutamanya pada yang pertama kali bergelar ibu.

Kat sini saya nak share link teman saya waktu sekolah menengah. Dia baru sahaja melahirkan bayi perempuannya pada 14 November lalu. Seronok membaca hasil nukilannya mengenai pengalaman dan detik-detik bersejarah melahirkan seorang bayi.

So kepada kawan-kawan, boleh jadikan ianya reference ye. Hehe...

Saya?....Alhamdulillah...masih tak putus-putus berusaha. Semoga ada peluang untuk merasai nikmat itu. Apa-apapun saya Redha. Ini adalah ujian Allah pada saya dan suami. Semoga kami akan terus bersabar dan tabah mengharungi hidup dimuka bumi ini. Insyaallah.

Awal Muharram memberikan semangat untuk melangkah dan berusaha untuk ke saat itu. Mudah2an.

***Nota Buku Lali: Pengalaman yang tak semua orang dapat rasa & pengalaman yang dirasa tak semua rasa sama. 

Wednesday, November 30, 2011

~Satu Muharram Detik Permulaan...~

Bila dah masuk tahun baru ni.....mulala nak menyibukkan diri mengumpul dan membina azam baru....

Dengan harapan tahun 1433H kali ni  lebih baik dan beroleh keberkatan dari Nya ...(aminnnn...)

Azam....????

Azam tahun baru kali ni....terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:
  • Azam seorang hambaNya
  • Azam seorang isteri
  • Azam seorang anak
  • Azam seorang pekerja?.....hehe..
  • Azam seorang teman/rakan
  • Azam....

Terlalu banyak...dan tak termampu nak listkan disini....apa yang pasti azam ini bukanlah impian semata-mata...

tetapi pendorong untuk saya menjadi 'seorang' yang lebih baik di masa akan datang....

Bismillahirahmannirrahim....semangat!!!

***Nota Buku Lali: Details tak leh la nak cite dengan lanjutnya disini....keep it secret ye....pepun...pe azam korang?.....

Saturday, November 26, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Alls in One

Saya;


Sukar untuk saya describe....may be mereka boleh mewakili perasaan terkini saya.........adoiiiiiiiii

Thursday, November 17, 2011

Kureng Sihat

Demam melanda....

Terasa weak sangat...baru je 2 minggu lepas encik hubby demam..minggu ni...virus dah merebak ke isteri pula...

Pepun Alhamdulillah....kata orang demam (penyakit ni) dapat menghapuskan dosa-dosa kecil.....mudah2an aminn...

Hari ni lebih ok sikit dari 2-3 hari lepas....kalau tak melepek je kat rumah.......batuk & selsema.....huwaaa.....

Friday, November 11, 2011

Keramatkah 11.11.11??

Assalamulaikum....Salam Jumaat....

Kat FB sibuk rakan-rakan mengupdate tarikh 11.11.11 yang menjadi simbolik dari kaca mata masing2....

Masing2 mengeluarkan pendapat, memuji dan tak juga yang mengatakan apa yang ada pada tarikh 11.11.11...?. Tapi, ada diantaranya yang memilih hari ini sebagai tarikh untuk melangsungkan akad nikah.....Alhamdulillah dan tahniah.....

Saya?....

Tak tahu rasa apa....tak gembira, tak sedih...(hati kering kah saya?)....hehehe...

Apa yang pasti, tarikh ini adalah tarikh yang mungkin kita jumpa 1000 tahun sekali....dan waktu ini mungkin tidak sama pada tahun 3011, (1000) tahun lagi...

.................................

Apa pun persepsi, apapun pandangan...kita jualah yang menilai dan merasai......sama-sama manfaatkan tarikh ini untuk kebaikan bersama...mudah2an hari ini lebih baik dari semalam.....semoga tahun 11.11.11 lebih baik dari tahun 10.10.10 yang lalu........aminnn.....


Bersyukur, kerana Allah masih memanjangkan usia dan memberi nafas untuk merasai detik 11.11.11 yang dikongsi semua insan...


11.11.11 ~ 15 Zulhijjah 1432H

Thursday, November 10, 2011

Review FB

Malasnya nak buat kerja sejak balik dari cuti ni ...tak tau la kenapa lemau sangat badan dengan semangat ni.

Semalam masa ngajar pun, dah merapu macam-macam.....dek kerana weak tahap penyu....

Tapi hari ni timbul pulak kerajinan untuk membaca status kawan2 dekat FB selain menambah 'pengetahuan' membaca karangan kawan cyber di blog.....

Lepas baca satu persatu, belek dan belek.....saya nak conclude...antara topik (FB) yang femes: (dari kaca mata ayu saya) huhuhu

Tempat ketiga ~

Games ~ Post bantuan untuk aplikasi games...kalau tengok kat profile saya tu...penuh la gmbar kartun...sebab ramai yang request...
&
Medium perniagaan ~ selain dari mencari geng2 lama dan mengukuhkan persabatan yang sedia ada..FB jugak boleh jadi tempat medium jual beli....so masing2 mempromosi apa yang dijual.....seperti pakaian, aksesori wanita and lain-lain......

Tempat kedua ~

Share Link ~ ramai jugak yang berkongsi maklumat, baik artikel surat khabar, atau tulisan sendiri atau di 'kidnap' dari post orang  lain.....topik ni kebanyakkannya bagi info secara tak sengaja pada kawan2..(macam saya gakla....) especially yang rajin online fb tpi xrajin mengexplore maklumat2 terkini...so bila dah tau.....alamak!!!!..yeke??....adoii..camne ni???....

Tempat pertama ~

Update tentang family ~ pasal anak, suami, isteri, mak ayah dan lain-lain.....especially yang baru melahirkan atau memperoleh zuriat.....macam-macam cerita dan macam-macam gambar di uploded.
&
Status emosi/keadaan/perasaan ~ contohnya luahan perasaan tak puas hati, khabar tentang kesihatan sendiri atau orang lain, geram, gembira, sedih dan lain-lain...

So, boleh dikata..dengan FB, macam-macam la orang boleh buat.....guna untuk perkara yang manfaat apalagi sebaliknya...(ni bukan nak mengagungkan kelebihan FB) tapi sebagai pengguna berpada2la ye.....hehe


nak details klink link ni
No wonder la kalau mengikut statistik ramai dari rakyat Malaysia yang mempunyai akaun FB walaupun baru berusia 3-4 tahun...."twitter ada?..."


Saturday, November 5, 2011

fRUsTrAteD & tOtALly LoSt

mOOD baru pas balik dari interview...huhu..jangan di tanya kenapa...tapi S.D.A....saya frustrated....

~ ~.......ni saya nak share pada kawan2  yang nak pergi interview gred41 atau lebih tepat Pegawai Eksekutif Penaksiran di LHDN....

Antara soalan2 yang saya dapat masa attend interview hari tu..... : semoga boleh dimanfaatkan bersama (especially pedOman untuk diri sendiri huhuhuhu ~~ or untuk interview pas ni ke... 'mybe'....kikikiki...)....

Panel Juri ~ ada 2 orang....Ini pengalaman saya~
  • Sila Perkenalkan diri...
  • Awas....bila bercerita tentang kerja......make sure betul2 faham kerja yang dibuat sekarang dan tahu tentang terms2 yang berkaitan kerja anda. Terutamanya bila sekarang ni anda kerja bukanla dibawah bidang yang anda belajar masa kat U hari tu.....contoh: describe HTML.....? H tu apa?...T tu apa?....M tu?.....~ Bersediala untuk diuji......
  • Cerita tentang apa yang anda faham tentang company yang anda mohon kerja sekarang....pendek kata kena tahu details la profile company...
  • Soalan unpredictable ~ Dibawah kementerian apa?..menteri yang bertanggungjawab......
    • (sebut 5 menteri yang pernah menjawat jawatan tu sebelum ni)..kalau tak tahu...jangan merapik....kang 'Kena'...)
    • (sebut nama Ketua Pengarah/CEO.. tapi......anda juga maybe akan ditanya timbalan2 yang lain sekiranya ada 4 atau 5 orang lagi....so remind la......
  • Ceritakan mengenai Kursus Ijazah yang anda ambil...dan apa bezanya dengan U yang lain?...
  •  Pandangan mengenai tugas2 jawatan....?
  • Yakinkan panel juri kenapa dorang mesti amik anda bekerja......?....
 Dan ada beberapa soalan lain2 lagi........(dah tak ingatla...)....hihihi

Exctually..ni semua terpulang kepada panel juri dan individu yang memohon...lain padang lain belalang..lain orang lain caranya.....If kalau kawan2 kuat neves cam saya ni...memang masakla.....habis kena goreng dan rebus.....siap dapat 'taklimat free' lagi....
kikikikiki....astagfirullahalazim....

***ok..ni tips tambahan dari saya:
  • Prepare awal2 (pengetahuan) yang macam2...tak semestinya pasal kerja atau company yang kita nak kerja....be 'Alert' tentang perkara semasa atau yang telah terjadi sebelum2 ni....
  • Kalau tak tahu just bagitau.....tak tahu.......tapi, jangan merepek yang bukan2...
  • Be Confident..walaupun dalam hati 'yeke jawapan yang kita bagi ni betul ke tak'.....especially berkaitan pandanganla...........kalau fakta......please jangan goreng....kang salah goreng.....memang kena balik jawabnye..
  • Jangkakan soalan2 yang bakal ditanya....kalau boleh predict awal2....dan buat list before datang interview.....cos kita takkan ter'sangka' soalan2 yang keluar dari mulut panel...
  • Makan sarapan....takut2 interview makan masa yang panjang..dan giliran kita lambat (ditambah ramai yang datang untuk intrview sama)....it's prove.....sekiranya kita lapar...potensi untuk merapu macam2 tu tinggi.....so avoid it....
  • Berlatih la bercakap/berkomunikasi sebelum datang ke tempat temuduga...(takut2 timbul penyakit speechless nanti)...berlatih tu boleh membantu kita untuk berkomunikasi dengan lebih baik.......
***Nota Buku Lali: So....pasni....kena lebih awareness la untuk perbaiki kelemahan diri........cos jangan malukan diri anda especially terpaksa memberi jawapan yang kurang cerdik.....(' __ ') kikikikikiki......apa2 pun gud luck to alls yang nak attend interview pas ni......wish you all de best........:-)

Tuesday, November 1, 2011

Ya Allah..bantulah hamba Mu ini

Sebulan dua ni..memang agak sibuk..mana tak nya hari-hari terkejar-kejar nak buat kelas...

Boleh kata nak relax2 macam dulu dah tak boleh.......sekarang?....sory naik lori la cik puan....target target target......
sampai lembik la jawabnya mengadap buku biru tu....

Dalam sibuk sibuk ni...dapatla 1 berita yang meminta saya untuk attend 1 interview....di LHDN......pada 3 November ni.

Ya Allah....boleh ke ni?....nak baca apa2 sempat lagi tak?....terfikir pula....kalau nak baca....nak baca apa..?....huhuhu......serabutnya rasa......

Ada jugak search kat internet....apa-apa berkaitan Pegawai Eksekutif (Penaksiran).....tapi no result....wooooo.....lagi la buntu dibuatnya....

Bak kata hubby.."selawat banyak2...." insyaAllah boleh.....dup dap dup dap jantung jadinya.....

Kawan-kawan..doakan saya ya .....mudah2an lancar lidah menjawab soalan ketika sesi temuduga nanti....aminnn.....waaaa....takut!!!.....

**Nota Buku Lali: Pissstt....ada sesiapa nak bagi tips tak?......huhu....cian kat saya....

Thursday, October 27, 2011

Bila Domo bertemu Doli ~ ~

Ini bukan tajuk drama terbaru ye...tapi ni tajuk album post saya....hihi...

semalam baru balik dari Shah Alam...2 hari kat sana macam2 plan kat pala ni.....nak shoping la...nak jalan-jalan la..al maklumla..bila dok kampung ni terasa cam dah lama sangat tak tengok shoping kompleks yang tinggi2...hehe

Nak jadi pasal....hubby bawakla ke GM Klang.....selalu sangat dengar orang citer GM ada barang borong...and murah2....so teringin jugak nak menjengah...

Huishh memang besarla...ada banyak bahagian....dan barangnya pun teramatla banyak.....macam-macam ada jual...jadi, pada yang berminat sangat nak memborong dan menjual...memang molek sangat dah.....harga RM10 tapi kalau beli 20 jatuh RM3 per item..tak ke murah...

Tapi...saya tak beli apa-apapun.....sebab tak ada apa yang berkenan....huhuhu.....tak maula...

Perjalanan diteruskan.....sebelum balik ke Pahang, saya dan hubby pun singgahla dekat Giant Seksyen 13...huby nak solat zohor....tiap kali datang sini..mesti tak pernah miss pujuk hubby.........disebabkan cita2 terpendam selama ni..saya suarakan jugak kat hubby......(tak taula untuk kali keberapa..huhuhu ) nak beli Domo n Doli.....Hubby tak bagi...tapi.....selepas bersoal jawab hampir setengah jam........wiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......sangat happy.....hubby setuju!!

Excited gila....terus ajak beli sangkar....(padahal tak pilih lagi yang mana 1..tapi dan-dan je nak beli sangkar dah...hihi..) hubby just senyum sambil geleng2 angguk2 pala.....sian hubby....

Pilih punya pilih kami setuju amik "Domo yang bewarna putih & Doli yang bewarna kelabu"...kata penjual tu..kalau dapat baby cantik....huhu....

Alhamdulillah.......selepas pening2 dalam kereta (sebab hubby bawak drift)...Domo and Doli pun sampai ke rumah.....huhuhuhu.....

Reaksi abah dan mak?.....kikiki...speechless and of course la agak tension kan.....huhu

Ayat abah: " kalau beli anak lembu...tahan jugak..boleh sembelih kalau dah besor.....ini beli arnab....??....."

Kikikikiki......sabar ajelah abah..............

**Nota Buku Lali: Next time la saya upload gambar Domo & Doli ye.....hehe......cos "Domo & Doli" saya masih takut2 dengan saya...huhuhu...

Wednesday, October 19, 2011

Geram dengan sama itu olang.....

Tarik nafas...hembus..tarik...hembus....

Assalamulaikum....
semalam dapat call dari 1 syarikat penghantaran barang Skynet ni......katanya ada 1 bungkusan barang yang dihantar kepada saya...

of course la i know & gembira......bila baju yang di order sudah selamat sampai....wiiiii hati berbunga2 la.....

.....ingatkan dia call nak tahu direction umah saya kat mana..........rupa2nya...dia bagitahu..tak dapat nak antar ke umah saya sebab dah pukul 5...so dia nak tinggalkan kat kedai koperasu felda sebelah......aik....keje opis ke kena balik ikut time?....bukan saya bayar perkhidmatan untuk hantar barang ke rumah ke?

kalau dia pas kat jiran sebelah umah ke takde masalah...ni nak suh amik 5km dari rumah?....memang angin la jwabnya......aleh2 terpaksa mengalah and suruh dia antar pada si Najib.....(member sekerja)...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...geram.....

Hari ni dapat lagi panggilan..katanya dorang sekali lagi tak dapat hantar mouse pulak....aik...pesal la dorang ni...nak kerja ke tak?....company tak bayar duit minyak ke?...tak bayar gaji ke?....

pelik2....sampai customer pula kena ambil barang kat dorang......adooooiii......

ni kene buat aduan ni kat GM dorang ni........jangan main2 dengan I tau.....(customer is always right)...

P/S: dah la hari2 tension bila buka email....janganla wat saya extra tension pulak erk....

Sunday, October 16, 2011

Cubaan Memborong Untuk Pertama Kali

Hari Jumaat hari tu....masa tengah bosan2 melayan internet...(sampai tak tahu nak buka apa)...so, tergeraklah pintu hati ni...nak buka belian baju2 blous secara borong.......

ada yang berkenan tapi ada jugak yang mahal.....sebenarnya saya ni minat sangat bisness tapi.....tula..sampai sekarang tercari2..bisness apa yang boleh sebati and sesuai dengan jiwa saya....hehe....

hari tu masa baru2 lepas kawin, ada jugak buatkan 1 blog menjual cenderamata (especially) hadiah kenangan untuk majlis kahwin....supplier dah ada....tp tula...orang yang kwin pula..takla setiap hari..so permintaan tu tiada....

So, buat masa ni...siapa2 yang tahu..and tanya je baru inform....sebab dah tahu....tak ramai yang berminat..huhuhu..

Berbalik pada cerita borong tadi......cari punya cari terjumpa la 1 blog dan website ni..yang menjual baju2 yang cantik2....bila dah attracted tu..mula la gatal tangan nak isi borang order........

Pada saya, bajunya xdalah murah sangat..so far boleh la.....untuk cubaan pertama..harap2 ada yang sudi membeli....(opss lupa pula nak cerita...extually...baju2ni bukan la untuk saya pakai....tapi untuk dijual....)

Tapi saya minta permission suami dulu tau....hehe..bila dah dapat green light..saya pun COMFIRMkan....dengan wajah tersenyum ceria......saya call en.Hubby...minta tolong bank in kan duit ke akaun si polan bt polan....

Harap2 selasa/ rabu ni dah boleh dapat dah...wiiiii.................korang berminat tak?...:-D

Friday, October 14, 2011

Hidup Umpama Robot

Sakitnye belakang, pala pula asyik goyang.....tangan lenguh bermain2 mouse..menekan kekunci keyboard...

mata.....sakit memandang cerahnye desktop putih oren...ya Allah.....berilah kekuatan pada hamba Mu...

Saya: kenapa?......

Kwn Saya: Ada tugasan.....kena capai sasaran...kan pencapaian diutamakan?...

Saya: Eh ye ke?....bukan ayat tu....."rakyat didahulukan" dulu ke....

Kwn Saya: Itu slogan lain.....dalam kes saya......"pencapaian yang diutamakan......biar pun sakit badan"

Saya: Haha..kelako2....relax la.....janganla paksa sangat....buat kerja mesti mau happy...stress bikin sakit pala nanti..

Kwn Saya: Ala...happy ke, sedih ke, stress ke, tak ada saper tahu perasaan saya.....kecuali Dia....saya buat kerja salah..tak buat kerja salah..semuanya SALAH.....so biarla saya berkeadaan macam ni....dunia oh dunia...buta menilai intan dan kaca....

Saya: Haha....tapi nampak cam ok je......senyum.....macam tak ada apa-apa masalah......pandai berlakon sembunyikan kesedihan ye...

Kwn Saya: Hidup kini perlu kepura-puraan...biar orang kata hipokrit....biar dikata tak ikhlas.....saya redha...saya pasrah..mungkin ini ujian Allah pada saya....dalam masa yang sama...Allah juga menguji mereka..

Saya: Ooo..macam tu ke?.....awak sabar la ye...sesungguhnya Allah bersama dengan orang sabar....dan jangan lupa berdoa...kerana:

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)


Saya: Mudah-mudah2an lepas ni...awak akan lebih tenang.......ok kawan2?...hehehehe

Wednesday, October 5, 2011

1.5 hari di Sarawak.....

Wa...sonoknye berjalan ke Sarawak.......(walaupun  sampai sekarang cuti saya masih tak approve2)......hehe

Alhamdulillah.....cos saya berjaya terbang dengan jayanya...(excited ye..cos first time jadi burung) hehehe.....
picture before berlepas...sementara tunggu calling di LCCT....huhuhu

Gerak dari LCCT dalam kol 9.45pagi...dan sampai  kat airport Kuching dalam kol 11 lebih......kira perjalanan mengambil masa dalam 1jam 45 minit gak....

Haha...cube teka...gambar pe....ni ambik dari dalam je.......bukti ni...hehehehe
Ingatkan masuk ke Sarawak tak perlu permit (cos fikir dalam Malaysia lagi)...rupanya2 kitorang perlu juga permit sementara....so Kastam bagi kami permit ala-ala resit parking gitu......hahaha.....kami kene tinggal kat Sarawak tak lebih dari 90 hari.....huhuhu....

Pas melalui semua prosedur......dapat call dari kawan kepada kawan...katanya....ada masalah dengan kereta sewa......kereta kancil tak ada...so dia suggest  kereta viva.....setengah jam kemudian..kereta viva plak tak ada.....katanya kelisa je ada....tapi tu pun kene tunggu 3.30 petang.....

mak ai....lame gila......tengok jam...baru je kol 1........penat menunggu tadi pun tak habis lagi......

tiba2....blink! keluar 1 idea.....pinjam netbook adik......so kitorang online la....cari mana-mana kereta sewa....

page Fb abang bad...dia ni ok sangat..sewa waja...1.5 hari sangat la murah.....
....akhirnya jumpe page abang ni kat FB........saya call dia 6 kali....akhirnya...dia jawab gak.....dan Alhamdulillah....abang tu setuju bagi kereta sewa.....

hampir sejam....kami dapat jugak meninggalkan airport dan gerak ke Unimas......
dari tengah hari tak makan....balik dari Uni mas singgah kat simpang  roundabout..hubby beli tembikai kecik RM2.....sangat manis..& banyak biji

Masalah ke-2, bila kat sana kekurangan signboard....so masa pergi...hanya berpandukan signboard tertera Unimas je......hahaha.....tapi time balik...terus hilang punca.......jenuh gaduh2 manja ngan hubby cos tak tolong ingat jalan.......

tak terluah rasanya kepenatan mencari and menelek peta untuk sampai ke destinasi yang kami cari...dah la nak call kawan kredit dua2 plak habis......hahaha........

akhirnya..dekat kol 7 petang.....kami sampai ke Hotel.......Ya Allah.......teramatlah susahnya nak cari hotel tune tu...2 jam lebih baru sampai...padahal....jalan tu dah 5-6 kali kami lalu........huhuhu

Pelik tengok menu kat sana..kebanyakkan tempat yang kami makan..nasinya mesti  tinggi2.....so ni gmbar sebelum gunung tu runtuh ye....hehe
Keesokannya..pagi2 kitorang dah check out..cos nak berjalan2..sekitar Kuching....So.....penat dah cerita..apa kata layan je gambar2 yang sempat kami ambik.....masa kat sana...wiiiiiiiiiiiiii

Kene tengok dulu map..dan plan nak kemana..cos nanti  tak tau nak menghala ke mana....hehe
Dapat gak snap gambar kat arca kucing...meooow!!!
Meoww......saya plak.....hehe
Naik sampan  ke seberang sungai.....nak beli kek lapis ...

Muka tension..cos mencari sarapan tak jumpe2......cian pakwe saya ni
layan jela....
dah nak balik baru pasan...tak de pun gambar ber2 kami di Kuching....huhuhu
K la Kuching..next time kami datang lagi ye.......sehari tak puas la....kena cuti lama-lama sikit.....tak gitu En.Hubby?.....hehe...pepun........this is one more best experience.....

**Nota Buku Lali: Pulang bersama kek lapis & ikan terubuk.....ala..xsampai 15kg pun...wat susah2 je book bagasi.....hahahaha

Sunday, September 25, 2011

Bila Budak Kecik Dah Pandai Berblog....

Meh nak cerita sikit sejarah blog kat korang....kalo korang dah tau...sila skip....hehe

Dulu ada seorang budak yang bernama Justin Hall. Dia membuat diary secara online yang dinamakan "Justin Links From The Underground" ketika dia masih menuntut di Swarthmore College. So, masa tu...Blog di kelaskan sebagai "diary online" yang pada umumnya merupakan website berisi kumpulan link untuk linking kan ke webpage lain. Pada tahun 1997, John Barger yang merupakan seorang programmer juga mempunyai "diary online" iaitu diberi nama - robot wisdom telah mencipta istilah weblog (logging the web). Hinggalah ke tahun 1999, Peter Merholz menyebut istilah weblog sebai wee-blog dan akhirnya dipendekkan menjadi blog. Dan orang yang mengelola blog pula dipanggil "blogger".

Sekarang...pada tahun 2011....dah semakin ramai orang menggunakan blog ni untuk pelbagai tujuan. Sampaikan dengan melalui blog, kita juga mampu untuk menjana pendapatan....

Ok....sebelum terlajak sampai ke sempadan Thailand.....eloklah rasanya saya pulang ke pangkal jalan.....so, berbalik pada topik di atas....saya agak terperanjat bila adik2 yang biasa nya mengunjugi tempat kerja saya ni dah advances........baru je habis UPSR tapi masing-masing dah pandai buat & decorate blog dengan bermacam-macam corak n gambar.....bangga...cos dorang cepat belajar.....walapun saya tak pernah ajar dorang buat........huhuhu

Tapi yang menjadi kekhuatiran saya, bila takut2 dorang menyalah gunakan fungsi blog ni untuk jalan yang salah......opsss...nauzubillah....

Kalau nak tengok...sila klik link kat bawah ye.....(huishhh...kecik2 dah pandai bercinta budak2 ni...) huhuhu

http://hakimie1999.blogspot.com/
http://shahencem.blogspot.com/

Walapun cam tu.....ada juga blog yang bagus dan boleh wat saya terkesima seketika terutama bila terbaca blog-blog yang manis dan puitis ayatnya...

Secara kesimpulannya bila baca tu macam orang kata:
Sejuk perut ibu mengandung.......apatah lagi kalau ianya islamic blog..........

Dan menjadi excited lebih..bila tau si penulis atau bloggernya baru pelajar sekolah....ala-ala terkedu juga saya dibuatnya......huhuhu...

macam blog ni....

http://munawwarahhusna.blogspot.com

sebenarnya...banyak lagi blog yang saya belum explore...tapi..kalau saper2 nak tau lagi antara blog blogger yang ada lagi......boleh buka FB and cari la page : Blogger Muslim or Blogger macam2 lagi k.....

**Nota Buku Lali: Kadang-kadang blog ni bukan saja luahan peribadi setiap insan tapi lebih manfaat kalau ianya menjadi panduan berguna untuk tontonan dan bacaan blogger lain....

Thursday, September 22, 2011

Bila Raya Tak Jadi......

Bismillah...

Opss...raya kan dah lepas...kenapa pulak baru nak bagitau raya tak jadi ni???......hehehe...

Ini la kesnya bila tersampuk iklan:

 "Ooo.....ku lempang2....budak ni..."....hey...mak marah2..tak boleh..."

Minggu lepas..(hari sabtu) lepas cuti 1 Malaysia..saya and husband pegi kuantan untuk tonton "Raya Tak Jadi"....kebetulan masa tu baru hari ke-3 tayangan....kiranya ramai jugakla orang nak tengok citer ni.....

Pose tak leh tahan..sebelum masuk ke pawagam at Mega Mall
1 jam 55 minit berlalu....

" Ermm tak da la sedap no citer nye......macam conpius pun ada jalan citernya....lawak je, sebab ada johan ngan si apek......adoiii.......rugi2...."

Pas solat, makan...gerak pula ke Pantai Teluk Chempedak....

Dah lama tak pergi..rasa cam teruja pelak tengok pantai.....

"Sayang....nak mandi boleh....."

"Huishhh mana boleh....tak bawak baju....hukhukhukhuk.................. kita bergambooo je ye.."

Adoiii....

Kat bawah ni aksi manja-manja kami...Opsss.....orang dah kawin je boleh tau.........:-

Sila Jamu Mata......

haha....ada jerawat la pulak...

hihi....punya la susah nak balancekan kamera....

Opss angin tiup...

Chakk!!!

I slim lagi tau...hehe



** Dah penat bergambar...... kami pun balik..... wa.... on the way nak balik..singgah jap kat Jaya Gading.. Beli Keropok Lekor.....

Ok la Kuantan...nanti kami datang lagi ye...Bye..

Hahaha...tak leh bla...
**Nota Buku Lali: Sodeh...belum sampai tol Lanchang..tayar kete pulak pancit....adoii....kene tukar time2 maghrib lak tu....Hubby ngamuk..!!!..takut!!.....nasib la tak ujan..kalo tak......................hehehe

Emergency Travel..

Subhanalllah...

Minggu yang memenatkan.....

Hari Isnin lalu, dapat panggilan dari bonda mertua...katanya adik ipar baru je dapt offer sambung study kat Unimas...

Alhamdulillah...

Tapi....

Dalam keadaan kegembiraan tu, sesak nafas kejap bila saya & husband kena uruskan flight booking untuk adik....plus pula bila....bonda meminta kami menghantar adik kesana...

What?.....

Ya Allah.....saya xpernah naik flight, xpernah booking pun....biasa dengar orang sibuk2 melancong....saya?....
tak pernah nak amik tahu....so bila dh jadi macam ni...gelabah urat perut dibuatnya......

So, terpksa la mintak 'tunjuk ajarku sifu' la....dengan ida.....seharian ngadap web airasia......yang menjadi ketidak keruan lak, bila tiket2 untuk kesana setiasa bertukar....adoiiii.....dah la baru pas raya.....

bak kata hubby: "botak la macam ni...."

haha...oleh kerana, dah cube try test daftar booking....akhirnya... COMFIRMED!!....kami akan berlepas pada hari khamis minggu depan (29 September)

ini bermaksud:

Peluang untuk saya n hubby la travel ala-ala honeymoon gitu....(walaupun 1 hari je)...

Macam membazir pulakkan...dah pegi sana tapi tak jalan2.....hehehe (ayat penyedap)....

Hubby cakap: "botak lagi......" hehehe

**Nota Buku Lali: Doakan kami selamat pergi & pulang ye.....wiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

Sunday, September 18, 2011

Untuk renungan...

Dengan teknologi yang serba canggih kini, manusia kurang menggunakan lidah dalam urusan menyampaikan mesej. Mereka lebih gemar menggunakan bahasa tulisan dari penjelasan lisan.

Dari FB, Twitter, Blog, Email .... kata-kata ibarat pengganti setia untuk bicara. Adakah ianya terkesan.......?? adakah ianya sama??.....

Dalam istilah melayu:

Lidah seringkali dikaitkan dengan kata-kata peribahasa: 

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya"....

Lidah...

Salah seorang sahabat yang bernama Sofyan bin Abdullah pernah bertanya pada Rasulullah SAW: Wahai Rasullullah, beritahukanlah padaku tentang satu perkara yang harus aku pegang teguh. Lalu beliau menjawab:

"Aku Beriman pada Allah, kemudian beristiqomahla"

Lalu sahabat itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan dariku? Kemudian Rasulullah memegang lidahnya sambil berkata: Ini. Beberapa banyak perselisihan yang terjadi antara dua orang teman yang diakibatkan oleh lidah, berapa banyak penceraian atau pertengkaran yang terjadi antara dua orang suami isteri yang diakibatkan oleh lidah dan masih banyak lagi keburukan-keburukan lainnya yang disebabkan oleh lidah ini, entah itu berupa perkataan dusta, ghibah (menggunjing orang lain), namimah (mengadu domba), saksi palsu, mencela, mencerca dan lain sebagainya.

Seringkali kita menggunakan lidah untuk makan dan minum. Pelbagai nikmat yang Allah beri untuk kita rasa seperti manis, masin, pahit, tawar, masam waima payau......tapi sedarkah kita nikmat yang Allah beri ini bersebab & berkait dengan kehidupan kita......

kerana:
Manis bila dipuji....
Pahit bila dikeji.....

Dua keadaan yang beza, tetapi lahir dari benda yang sama....lidah.....
Alhamdulillah.....kerana kita masih ada lidah.....

Perasan tak....bila selsema menyerang......kita akan kerap kali bersin. Masa itu, orang-orang tua akan menyebut..."Alhamdulillah...terbang segala penyakit".....

Ya..Benar..... 

Dalam 1 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim, Rasulullah bersabda: "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"

Bahkan dalam satu lagi riwayat, Rasulullah menyebut, bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalah dirinya.

Dan bila selsema..... deria rasa dan bau mula gagal berfungsi dengan baik...kadangkala....rasa yang dulunya manis......akan jadi tawar.......

Dimanakah hilangnya nikmat itu.......Kita jagakah lidah....??
Seandainya selsema penyembuh dosa lidah.......wajarlah untuk berubah....

Kita tahu..tapi kita lupa....kita sedar tapi kita khayal....

Lidah...

Pepatah arab ada menyebut, 

"Lidah lebih tajam dari mata pedang.."  sedangkan tertusuk jarum pun sudah mengerang kesakitan...apa lagi tajam pisau, pedang......

Masa kecil dulu....bila lidah gagal di bendung......mak selalu kata:

"Nak kena cili/cabai jugak budak ni"......

Bila takut...kita takkan ulang...betul tak???.........

Lidah....

Saya lemah dengan lidah....

Lidah..

Bisa membuatkan saya ketawa..
Bisa membuat saya tersenyum sendiri
Bisa merungkai..kesulitan yang saya alami
Bisa membuat kefahaman akan lebih jelas..

Tapi..Bisanya Lidah....

Bisa membuat saya kecewa..
Bisa membuat saya murung..
Bisa membuat saya menangis
Bisa membuat saya geram
Bisa membuat saya terkilan..
Bisa membuat saya berprasangka...
Bisa menyulitkan keadaan 
Bisa membuat saya sakit hati.....

Secekal mana pun saya..setabah manapun imunisasi badan saya..........
saya akur..saya kalah dengan lidah......
saya kalah dengan kata-kata yang bisa membuatkan saya kecewa, terkilan hingga menimbulkan sifat tidak berpuasa hati....apatah lagi..sekiranya ia satu penganiyaan atau tuduhan....


Wednesday, September 14, 2011

Proses Menghantar Borang Tawaran Ujrah

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekarang ni tengah serabut mengisi borang-borang untuk menerima tawaran dari 3% upah ke 1% yang dinamakan Ujrah.

Dulu masa nak isi borang memohon pinjaman berkobar-kobar sebab nak minta duit...tapi sekarang bila nak isi untuk pengurangan terus jadi liat..seliat cakOi yang 3 tahun tak makan....agaknya kalau tak ada tarikh tutup. Maunya di tangguh dulu ni.....

Macam ni, oleh kerana banyak sangat meminjam terpaksala kena hantar 4 salinan ke HQ...Sebelum antar kene sign autograf, minta tanda tangan saksi, kena beli setem hasil dan matikan kat LHDN........rumit jugak...cos kena ikut step macam mula2 nak mohon pinjaman dulu.

Tapi benefitnya....

Taklah kena bayar banyak sangat.....kalau selalu.....saya bayar pun macam tak bayar je.......makin bertambah2 jadinya....

Cume yang musykilnya bila isi borang kaedah pembayaran balik...(cos nak pilih bayaran secara sendiri) terus serabut kerana ada ruangan minta isi no pinjaman....adoii...yang mana 1 ni...? ada yang cakap no pin... kalau tengok betul2 macam no rujukan....tapi boleh jadi no surat ujrah.....huwaaaa....sangat conpius...

so sekarang..kene tunggu pertanyaan terjawab...guna Forum Rasmi Kem. Pengajian Tinggi.....


Akaun Tabung Haji

Semalam teman bonda ke Temerloh. Katanya mesin jahit tepi baju rosak..so kene repair (agaknye mesti angkara saya....cos pas saya jahit je...mesin tu terus meragam....macam tau2 je yang bukan tuan dia yang jahit hukhukhuk)....

Sian bonda...

Nak jadi citer, pagi tu kami gerak naik bas ke sana....al-maklumla..jatuh saham...kereta dah kena jual..(hihihihi)...

sekian lama tak naik bas..rasa tension jugak...cos lambat je nak sampai....berenti pun banyak kali....hisshhhhh.....

Berbalik kepada topik diatas...bila sampai je kat terminal....terserempak dengan seorang kawan Kak Esah (Kakak saya yang OKU)...bonda sempat borak2....

"katanya dalam situasi bahasa isyarat sebab bisu sejak lahir.....dia akan ke tanah suci pada 29 hb Oktober ni....untuk menunaikan haji..."..

Terkesima sekejap...setahu saya...umurnya masih muda...dia seorang duda....bekas isterinya dahulu juga seorang bisu......tapi...tula.....rezeki kan??.. walaupun kekurangan dia jelas dimata manusia......tapi tidak pada Yang Esa...saya bangga & sollute pada dia....mudah2an amalan dia di terima..dan akan mendapat haji yang mabrur


SAYA???

Secara tak langsung membuatkan saya berkobar2 untuk memasang niat untuk kesana...memang saya akui...saya masih tak ada akaun tabung haji...(sedihkan?)....tapi InsyaAllah...saya pun dah rancang dengan hubby...insyaALLAH..dalam masa terdekat dah boleh buka sama2....

Bonda saya pun dah cukup duit nak kesana..... kalau ada rezeki....bonda juga akan kesana.......insyaAllah

**Nota Buku Lali: Baru saya tahu yang akaun tabung haji....fungsinya lebih kurangje macam akaun ASB....cme kelebihannya dapat terus mendaftar untuk pergi ke haji bila akaun melebihi RM1500...sangat memalukan...jahilnya saya..hukhukhuk

Thursday, September 8, 2011

Tolong Jangan Upgrade S.O.P Tugas Saya

Kejadian berlaku: Pagi tadi.. (tapi scene lagi bengang adalah petang)..

Macam biasa...pagi2 datang kerja..mesti tak tinggal buat kerja mencuci dan menggosok ni....

So, nak jadi cerita, dengan keadaan yang tidak mengizinkan (sebb demam) still boleh lagi menyapu and mengelap pe2 yang terdaya.....

Tiba2...(suspen ni)..

nampak sekor 2,3,4,5... ulat merayap kat tong smpah depan Opis...aikkkk...ada apakah di dalam???.....

bila buka je....

jeng jeng jeng....

berkerumun ekor2 ulat lagi kat dalam tu siap main lompat galah lagi....
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......*&^%##@$&^%O&@%^{**#_(*&^^&&&&**.....
astagfirullahal azim.......bersabarlah wahai cik puan naz~ly......awak tu demam.....

siapakah yang telah membuat onar dengan membuang 'Ikan Mentah Busuk dalam TOng sampah saya'?????

adoiii...tak tau ke yang ikan tu boleh berulat.....kalau betul marahkan kucing curi ikan...janganla tambah beban orang lain pegi buang dalam tong smpah saya....

so sekarang siapa nak buang??????.......

terpaksa saya jugakkkkkk...!!!!....sabooooooooooo jela....

dengan tak ikhlas....saya letak tong sampah belakang opis......bior ulat2 tu mati kena panas.......

3 jam berlalu.....baru buang kat tapak perlupusan sampah...& bila time mencuci tong: ~ ingatkan dah selsema tak de la bau...rupe2nya......&*%#@....

subhanallah....woooooooooonginye.....

rasanya bukan kucing ni kot....cos yang ni comel je hehehe...

**Nota Buku Lali: Korang tau tak ikan pe?....hahaha ikan talapia besorrr........(huisshhhh..memang tak makn dah la jawabnya........)

& moralnya; bila nampak kucing korang tengah gonggong ikan yang baru korang beli....walaupun marah...terus je bagi dorang makan....jangan plak di balun....tu dah jadi rezeki dia.....kalo dah jadi cam kes kat atas sape nak jawab???.......sila jawab sendiri......

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya Kawan2

Alhamdulillah, hari ni dah hari ke 9 kita semua menyambut kedatangan Syawal setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan...dan ini lah first entry saya setelah sekian lama bercuti dari 29 Ogos ~ 6 September... ( Wa, lama giler bercuti cos raya sakan2 hehehe).... Bila dah cuti ni, tak adalah masanya nak update blog and citer bla bla .....wiiiiii....

So kat sini saya akan rangkumkan aktiviti, majlis, kes, kejadian & dot dot sepanjang cuti saya;


Hari Raya, 1 Syawal

Bersyukur sangat2 sebab tahun ni saya dapat beraya dengan suami terchenta....wa, excited lebih raya, terus iron baju awal2 sebelum penyimpan mohor besar raja-raja bagitau sok nya raya....bukan apa, takut2 berebut nak iron...maklumlah masing2 nak melaram di pagi raya....

Akhirnya tahun ni dapat jugak merasa bersolat raya... sangat best.....cos pengalaman pertama bersolat hari raya beramai2 kat masjid...huhuhu....

Tersenyum sekejap sebab dapat 1 keping kad raya yang elok je terletak kat atas meja solek....baru je nak suarakan...tanya pasal duit raya si isteri....hehe...rupanya .....ada....... Tq hubby..sweet sangat...dan faham-faham je....


Beraya di Rumah Mertua

Sebelum ni, raya pertama ke, ke 2 ke, ke 3...memang dok je la kat umah..tak kemana-mana pun..so tahun ni dapat la pengalaman baru juga bile balik ke rumah mertua....syoknye bila ada pertambahan ahli keluarga baru...macam-macam ragam dan gaya.

Hari raya ke2 di rumah mertua, mak abah ajak ke umah sedara mara...waa....ramainya....dan kebanyakkan nya semua dok dalam 1 daerah....penat dan lesu la jugak..hehehe...

Hari raya ke3, dah kena tunjuk skill memasak menu untuk umah terbuka pak sedara....so saya pilih 'soto' cos tula je yang teror dan sedapnye....dari kol8.30 pagi menyiapkan bahan....sampaila ke pukul 6 petang...adoiii....sakit pinggang.....sayang..tolong picit ~.....mane taknya cos buat 6 ekor ayam tau...huhuhu...


Tragedi yang DiDuga

Macam bulan sebelumnya..memang dah selalu dapat 1 penyakit ni sebelum period....so sepanjang period tu terpaksa la menahan.....sampai la keadaan tu reda.....tapi kali ni, dah tak boleh tahan...cos bisul semakin membesar dan membesar.....sampai saya amik keputusan 'terpaksa' jumpa doktor....ya Allah, dah berjurai2 air mata ni tahan sakitnya.....

situasi bila berjumpa pakar...faham-faham jela....kena operate....cos takut jadi lagi lepas ni....lagi sakit dari menahan....tuhan saja yang tahu perasaan saya bila dibius....adoiiiii.......

sekarang pun masih dalam proses pemulihan..."kawan2..tolong doakan saya ye supaya cepat sembuh".....

ni tips dari doktor: " kalau la pas ni ada lagi terasa bengkak atau timbul warna merah, cepat2 la jumpa doktor, cos dorang akan bagi antibiotik...so Insyaallah bisul takkan jadi....jangan la dah tunggu masak baru nak jumpa...tak pasal2 kena operate cam ni".......

Saya Tumpang Berita Gembira Mereka

Sedar tak sedar dah hampir 8 bulan saya kawin...dan masih berusaha untuk merancang keluarga....tapi tula...rezeki.....kita hanya merancang....Allah yang menentu segalanya....

berbalik pada title tadi, bila dah dok beramai2 ni terkeluarla 1 cerita akak ipar yang tahun ni dia berpuasa penuh.....faham2 sudah.....bila dah full tu....terus buat check up....alhamdulillah.....akak ipar dah pregnant 6 minggu.........wa....jeles...huhu....

Bila reactive pula account fb pagi ni, 1 lagi berita gembira dari seorang teman sekerja...huhuhu.... dia pun dah announce kat FB, yang dia baru hamil 5 minggu....alhamdulillah......1 lagi berita gembira.......sekian lama menunggu akhirnya dia bakal menjadi ibu.....

tahniah kepada Puan Haznita & Puan Azie....saya mendoakan kalian memperoleh zuriat yang sihat dan soleh....amin....hehehe...

**Nota Buku Lali: di hari ke 8 menyambut raya...demam dan selsema....ya Allah, beri kekuatan pada saya untuk tempuh ujian ini....amin.....ermmm..pasni dh kena merancang untuk ganti puasa..hehehehe....korang???

Friday, August 26, 2011

Blog Conference

Assalamulaikum....


Di kesempatan yang ada ni, saya Cik Puan Naz~Ly, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam especially insan2 yang rajin membaca blog ~~Canda Si Isteri~~...


Semoga Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran...


Maaf atas keterlanjuran kata dan salah silap saya sekiranya ada yang tersa hati atau tidak menyetujui apa-apa ayat yang dikeluarkan dalam blog ni...


Disini, saya lampirkan kad raya 'Cute Miut' (puji sendiri jela) untuk teman-teman semua...



**Nota Buku Lali: Jemputla datang ke umah raya ni ye...boleh makan banyak kuih dan kumpul envelope duit raya......hehehe

Almond Landon Ke Almond Lakum??

Ayat intro : Mendung je pagi ni....semendung dan selayu mataku....kalau dilayan ni..mau je terlelap jap lagi....tambah2 kepala lak 2-3 hari ni cam hang je.....adoiiii....

Ni gara-gara terlebih tido/makan/tengok tv/terantuk/tengok pc?.......huhuhu...

Ahhhh....tak apala....
yang penting semangat raya membuak-buak ni.....hehehe...seperti buaknya semangat nk buat kuih2 dan biskut raya;

Malam kelmarin, dah start buat kuih raya....cari punya cari dalam tenet..jumpa la resepi almond landon....tahun ni kalau boleh dah tak mau beli..cos tengah excited nak buat semua benda.....rayakan setahun sekali..so time raya jela nak makan benda2 alah ni.....so, asyik beli je....bukan best pun........plus bukan tau dorng wat camne..diwatnya uli guna kaki?....hehehe....(hanya gurauan)....

So, bila barang dah tersedia, operasi mengadun dilakukan dengan penuh tertib mengikut sukatan-sukatan yang di ajar oleh tenet..(wa....formalnya ayat saya):

Kalau saper2 nak cuba boleh follow:

250 gram majerin
1 biji telur
1 cawan gula
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
sikit je esen vanila
badam bakar
dan coklat masak

Senang je.....dan tarraaaaaaaaa.....
Amaran: Jangan tertipu, ini adalah almond landon dari google search...so, saper nak tengok almond landon yang saya buat silala ke umah ye hehehehe
Hahaha...so ini adalah biskut atau kuih raya yang akan menyusul;

  1. Biskut makmur
  2. Biskut mazolla
  3. Cornflakes Madu
  4. Apam Polkadot
  5. Muffin
  6. Kek Buah
InsyaAllah.........(sempat ke nak wat ni?..hehehe)

**Nota Buku Lali: Mak tengah pulun wat baulu sorang2 kat umah ni....katanya kuih tradisional tak boleh miss...so mak mak plan nak wat tumpi, maruku sama putu kacang sok....chaiyyok2 mak!!!...