Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, December 11, 2011

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang...

Assalamulaikum semua..

Tajuk entry terbaru saya kali ni dah macam lirik lagu Noh Hujan dah..."Pagi Yang Gelap" hehe...

Malam tadi semua umat seluruh dunia dapat merasai detik2 tibanya gerhana.....Alhamdulillah sempat lah juga menunaikan solat sunat 2 rakaat sempena terjadinya gerhana bulan...

Terdetik dihati...risau bimbang dan takut.....entah kenapa.....hanya Allah SWT yang Maha mengetahui hikmah kejadiannya......

Di tempat kerja, saya cuba mencari hikmah berlakunya Gerhana ini. Mungkin agak terlewat, tapi ianya sedikit sebanyak membantu insan yang cetek ilmu macam saya.

So ini yang saya dapat....dari artikel "Voice Of Al-Islam"....ayatnya terpaksa saya ubah sikit2 kerana...ada menggunakan bahasa indonesia...dan saya harap ianya tak mengubah maksud info yang ingin disampaikan:


Gerhana matahari maupun bulan merupakan fenomena alam yang ditakdirkan oleh Allah Azza wa Jalla untuk menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya. Di mana gerhana matahari akibat posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalangi cahayanya, dan gerhana bulan akibat posisi bumi yang berada di antara matahari dan bulan sehingga tidak bisa memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Pada zaman Nabi SAW telah berlakunya 1 kejadian gerhana matahari. Menurut ulama, berlakunya pada tanggal 29 Rabi’ul Awal tahun 10 Hijriah kerana memang gerhana matahari tidak terjadi kecuali pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pada pertengahan bulan Hijriah. Bersamaan dengan masa kemangkatan putera baginda yang tercinta, Ibrahim.

Hal ini merupakan takdir Allah SWT kerana masyarakat jahiliyah dahulu berkeyakinan bahawa gerhana terjadi kerana ada kematian atau lahirnya seorang bangsawan atau yang berkedudukan tinggi. Maka Allah Ta’ala telah membatalkan keyakinan ini dengan menjadikan gerhana di zaman Nabi SAW (bersamaan kemangkatan putera baginda) untuk menjelaskan bahawa gerhana adalah Fenomena alam yang ditakdirkan Allah Ta’ala dan tidak ada kaitannya dengan kejadian apapun di muka bumi.

Rasulullah SAW bersabda:

Dari Abu Mas'ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah. Apabila kalian menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah” (HR Bukhari dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nombor 1516).

Jadi pengajarannya yang boleh kita ambil adalah:

Pertama: Keduanya (Gerhana Bulan/Matahari) merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala yang menciptakan alam semesta ini, menguasainya, serta mengaturnya. Tidak ada satupun yang dapat menghalanginya sekiranya Allah Berkehendak untuk merubah aturan alam sebentar dari kebiasaan. Untuk menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa Agungnya Allah. Maka tidak wajarlah seorang manusia untuk menyombongkan dirinya di hadapan Allah. Justeru, seharusnya manusia perlu tunduk patuh kepada peraturan dan hukum Allah, tidak kepada yang lain.

Kedua: Ianya merupakan kehendak Allah untuk menakuti hamba-hambanya dengan mengingatkan mereka dari kelalaian dan dosa. Di mana telah berlakunya fitnah dan kerosakan di muka bumi yang berpunca dari tingkah laku manusia. Maka hikmah Allah SWT berkehendak, untuk menyedarkan mereka, bahawa azab dan siksaan-Nya di neraka lebih pedih dan kekal.

Ketiga: Bahawa kejadian-kejadian alam tidak ada hubungannya dengan kematian atau lahirnya seseorang. Jika Allah Berkehendak untuk menjadikan sesuatu, maka terjadilah.

Wallahu a'lamu bis-shawab.

Kredit untuk [abu raidah/voa-islam.com] atas penerangan yang banyak memberi input kepada saya....

No comments: