Bila musim cuti sekolah ni banyak la undangan perkahwinan datang mengundang....tak kira yang dok dekat
mahupun dok jauh. Masing-masing ambil peluang nak meraikan hari bahagia masa cuti ini.
Tak ketinggalan juga berita dari teman-teman yang baru melahirkan baby. Seronok tengok.
Ucapan tahniah dari saya dan suami. Terutamanya pada yang pertama kali bergelar ibu.
Kat sini saya nak share link teman saya waktu sekolah menengah. Dia baru sahaja melahirkan bayi perempuannya pada 14 November lalu. Seronok membaca hasil nukilannya mengenai pengalaman dan detik-detik bersejarah melahirkan seorang bayi.
So kepada kawan-kawan, boleh jadikan ianya reference ye. Hehe...
Saya?....Alhamdulillah...masih tak putus-putus berusaha. Semoga ada peluang untuk merasai nikmat itu. Apa-apapun saya Redha. Ini adalah ujian Allah pada saya dan suami. Semoga kami akan terus bersabar dan tabah mengharungi hidup dimuka bumi ini. Insyaallah.
Awal Muharram memberikan semangat untuk melangkah dan berusaha untuk ke saat itu. Mudah2an.
***Nota Buku Lali: Pengalaman yang tak semua orang dapat rasa & pengalaman yang dirasa tak semua rasa sama.
3 comments:
err..confius..arini baru 3december. date tu 14 december thn lalu ekk..
kiki...aku tersilap la weh.....13 nov.....wakakaka..kesilpan yg xdsengajakan
apa tajuk tulisan di blog ini.canteklah.. :p
Post a Comment