Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, September 25, 2011

Bila Budak Kecik Dah Pandai Berblog....

Meh nak cerita sikit sejarah blog kat korang....kalo korang dah tau...sila skip....hehe

Dulu ada seorang budak yang bernama Justin Hall. Dia membuat diary secara online yang dinamakan "Justin Links From The Underground" ketika dia masih menuntut di Swarthmore College. So, masa tu...Blog di kelaskan sebagai "diary online" yang pada umumnya merupakan website berisi kumpulan link untuk linking kan ke webpage lain. Pada tahun 1997, John Barger yang merupakan seorang programmer juga mempunyai "diary online" iaitu diberi nama - robot wisdom telah mencipta istilah weblog (logging the web). Hinggalah ke tahun 1999, Peter Merholz menyebut istilah weblog sebai wee-blog dan akhirnya dipendekkan menjadi blog. Dan orang yang mengelola blog pula dipanggil "blogger".

Sekarang...pada tahun 2011....dah semakin ramai orang menggunakan blog ni untuk pelbagai tujuan. Sampaikan dengan melalui blog, kita juga mampu untuk menjana pendapatan....

Ok....sebelum terlajak sampai ke sempadan Thailand.....eloklah rasanya saya pulang ke pangkal jalan.....so, berbalik pada topik di atas....saya agak terperanjat bila adik2 yang biasa nya mengunjugi tempat kerja saya ni dah advances........baru je habis UPSR tapi masing-masing dah pandai buat & decorate blog dengan bermacam-macam corak n gambar.....bangga...cos dorang cepat belajar.....walapun saya tak pernah ajar dorang buat........huhuhu

Tapi yang menjadi kekhuatiran saya, bila takut2 dorang menyalah gunakan fungsi blog ni untuk jalan yang salah......opsss...nauzubillah....

Kalau nak tengok...sila klik link kat bawah ye.....(huishhh...kecik2 dah pandai bercinta budak2 ni...) huhuhu

http://hakimie1999.blogspot.com/
http://shahencem.blogspot.com/

Walapun cam tu.....ada juga blog yang bagus dan boleh wat saya terkesima seketika terutama bila terbaca blog-blog yang manis dan puitis ayatnya...

Secara kesimpulannya bila baca tu macam orang kata:
Sejuk perut ibu mengandung.......apatah lagi kalau ianya islamic blog..........

Dan menjadi excited lebih..bila tau si penulis atau bloggernya baru pelajar sekolah....ala-ala terkedu juga saya dibuatnya......huhuhu...

macam blog ni....

http://munawwarahhusna.blogspot.com

sebenarnya...banyak lagi blog yang saya belum explore...tapi..kalau saper2 nak tau lagi antara blog blogger yang ada lagi......boleh buka FB and cari la page : Blogger Muslim or Blogger macam2 lagi k.....

**Nota Buku Lali: Kadang-kadang blog ni bukan saja luahan peribadi setiap insan tapi lebih manfaat kalau ianya menjadi panduan berguna untuk tontonan dan bacaan blogger lain....

2 comments:

HamizaH said...

baru ajar blog kat bdk sek men. ade yg lbh advance dr cikgu..

Mama Naufal said...

hehe..tula.....bdk2 sekarang mizah...so kene wat statement.." dah tau sebenornye korang pndai..so ni kne bljr gak..cos dpt sijil...." haha