Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, December 28, 2011

Mom To be...

Alhamdulillah.......segala puji bagi Mu..
Tuhan yang memberi kasih sayang  tak henti-henti pada hamba-Nya...

Hati sebak....air mata mengalir....tetapi difikiran ada keliru...

Tanggal 25 Disember 2011....seawal jam 5 pagi saya bangun dari tidur....dalam hati tertanya2....perlu ke saya buat UPT ?....alasan konkrit......bila period masih tak datang untuk bulan 12ni....

keputusan diambil.....

selepas merenung beberapa ketika....masih tidak keluar sebarang jalur....saya redha...dalam fikiran maybe tester rosak...sebab tersimpan sekian lama....

saya terperanjat bila hubby ada dimuka pintu tandas......katanya 'tak apa...maybe next time boleh test lagi.....'

.......

sementara menunggu subuh...mata terlelap seketika......selepas mengambil wuduk....hati terdetik nak tengok balik UPT......hah???!!!..

saya melangkah ke bilik......"pa............tengok ni.."

hubby terpinga2......kenapa?.....dia tersenyum....mungkin faham....alhamdulillah katanya....

Saya happy.....namun saya tak pasti.....niat bertanya pada yang pakar...terpaksa ditangguhkan..... sebab cuti Krismas.........saya cuba tenangkan hati.......perasaan ini bercampur2....

Tapi, bila tengok si Hubby...dah excited sangat....ya Allah.....takutnya saya....

Hari Isnin 26hb Dis 2011, kami ke Klinik Syai yang ada di Jerantut....Doktor meminta saya untuk jalani UPT sekali lagi....saya risau.....jantung berdegup laju...macam belari 100meter gayanya....

Pembantu Doktor bersuara dari jauh.....2 line doktor....tapi samar...

Saya terpana....apa jawapannnya?....

Ya....Positif....dah 5 minggu....insyaAllah pertengahan bulan 1 dh boleh scan......untuk tengok baby....kata doktor...

Ya..Allah ya Tuhanku.....Alhamdulillah.....syukur kepada Mu.....saya benar2 lega....kekeliruan yang bermain difikiran 2-3 menjak ni terungkai juga..............

Mungkin inilah hikmahnya......di sebelah, hubby tersenyum gembira......

mudah2an kurniaan ini dapat mendekatkan lagi saya pada yang Esa...Amin ya Rabbal Alamin...

Friday, December 23, 2011

Emosi Bercampur Aduk....

Disebalik kesibukkan memberi tunjuk ajar pada adik-adik yang sedang dalam proses mendapatkan sijil ICT ni....kecelaruan minda tiba-tiba menjengah..... sampaikan adakalanya saya merapu ketika mengajar....

Dan ada ketikanya peserta terpaksa menunggu 10-15 minit didalam training room untuk menyambung sesi latihan.....kenapa?.....saya menjadi seorang pelupa....padahal ketika dia melangkah masuk....saya menyapa....Ya Allah.....penyakit apakah ini......nauzubillah saya diisytihar nyanyuk walaupun masih belum menjangkau usia 30an.....

Ada juga masanya saya cepat mengelamun...sukar untuk concentrate pada keadaan/dunia reality.....dan 1 ketika, saya jadi tak tentu arah dibuatnya.....

Astagfirullah......hati kecil mengingatkan saya.....

Dan kini..saya memikirkan mengenai 'sesuatu perkara'.....walaupun akal menafikannya.....tapi naluri ini mengatakan 'Ya...'

Ya Allah...hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terjadi dan terselindung disebalik tragedi ini....Moga,  perasaan dan emosi silih berganti ini menjadi 1001 hikmah pada saya...amin...

Sunday, December 18, 2011

Alkisah Doli & Domo

Sekian lama membeli, membela dan menjaga.....hehehe.....seperti yang dijanjikan, hari ni saya ingin memperkenalkan pada semua empunya nama "Domo & Doli".....sila klik untuk tau citer yang pernah saya postkan masa bulan 10 hari tu.....

Ini Domo
Sekarang Domo dah berusia hampir 4 Bulan, dan Doli dah berusia 3 bulan.

Ini pula Doli

Saya suka mentelentangkan Domo&Doli ni atas peha saya...so bila diusap.....sampai pejam2 mata jadinya.....huhu...manje la tu.....


Tapi yang tak tahan tu..Domo ni dah gatal.....hari2 nak 'mengorat' si Doli......sudahnya saya pulak yang risau...takut2...nanti dapat cucu awal...kui2.....

Ini adegan kejar mengejar ye.....bila Domo nak "mengorat" Doli kui2..

Gambar seterusnya terpaksa di sensored kerana mengandungi unsur 18Sx hahahhaha....ini adalah cubaan Domo....


...yang sedihnya......Bulu si Doli banyak yang gugur....ingatkan salah makan....rupa2nya si Domo punya angkara......dia menggigit sesedap rasa.....

Tapi bila Doli menolak...begini la jadinya........hahaha......Domo majuk kui2.....
Domo & Doli juga...sangat kuat makan...buat masa ni saya berinya makan dedak.....tapi ada kalanya bagi jugak dorang makan kangkung.....hahaha......selera sekali sekala....walaupun penjual nya tak menggalakkan dorang ni makan makanan lain sebelum usia cecah 1 tahun....tapi, macam manusia.......sekali sekala teringin jugak nak makan lain macam KFC selain nasi, betul tak? hehehe.....

Cume yang tak tahan.....bila nak mensucikan tray tandas dorang ni....Ya Allah.......pening jadinya......sangat Uchukkkkk!......huhuhuhu

Thursday, December 15, 2011

Wuuhuu..

Assalamualaikum....I'm back...(dengan semangat keterujaan yang tak melampau-lampau)..
rasanya tak bersawang lagi kot blog ni......sebab baru je beberapa hari tak update hihi (jaga hati sendiri)..hehehe

Pelikkan....bila disuruh buat artikel untuk majalah....macam-macam idea di korek tapi satu pun tak tercurah..
seolah-olah otak membeku....huisshh.....padahal sok dah last due.....kalau tak hantar, maunya dapat surat cinta online la pas ni..kui2......

Tapi...

Kalau blog....tak payah diasah atau digali....idea tu ada je....~cume bergantung kepada mood pula~....so tak ada cerita pun still juga nak cerita..

So topic entry ni pasal komik online terbaru ~ wuuhuu extually tak adala baru mana pun...tapi saya yang baru membaca nya secara online sejak 2-3 menjak ni.....ecomic wuuhuu ni dah masuk isu yang ke-16.

apa yang seronoknya, komik ni macam komik biasa yang kita beli di kedai-kedai..cuma cara persembahan sahaja di atas talian atau online....nak selak ke halaman seterusnya pun boleh selak macam kertas...waaa...
For the first time saya agak jakun juga sebenarnya...kui2....

so..apa kata korang cuba pula......

**Nota Buku Lali~ Dah lama rasanya tak beli komik ujang, Apo.....dulu masa sekolah...memang suka menghabiskan duit beli2 komik ni....sampaikan kat rumah dah macam book store, ada doraemon, majalah disney, dan lain-lain...sekarang kat manalaa komik2 tu menghilang erk....

Sunday, December 11, 2011

Pagi Yang Gelap Kini Sudah Terang...

Assalamulaikum semua..

Tajuk entry terbaru saya kali ni dah macam lirik lagu Noh Hujan dah..."Pagi Yang Gelap" hehe...

Malam tadi semua umat seluruh dunia dapat merasai detik2 tibanya gerhana.....Alhamdulillah sempat lah juga menunaikan solat sunat 2 rakaat sempena terjadinya gerhana bulan...

Terdetik dihati...risau bimbang dan takut.....entah kenapa.....hanya Allah SWT yang Maha mengetahui hikmah kejadiannya......

Di tempat kerja, saya cuba mencari hikmah berlakunya Gerhana ini. Mungkin agak terlewat, tapi ianya sedikit sebanyak membantu insan yang cetek ilmu macam saya.

So ini yang saya dapat....dari artikel "Voice Of Al-Islam"....ayatnya terpaksa saya ubah sikit2 kerana...ada menggunakan bahasa indonesia...dan saya harap ianya tak mengubah maksud info yang ingin disampaikan:


Gerhana matahari maupun bulan merupakan fenomena alam yang ditakdirkan oleh Allah Azza wa Jalla untuk menunjukkan tanda-tanda kebesaran-Nya. Di mana gerhana matahari akibat posisi bulan yang berada di antara matahari dan bumi sehingga menghalangi cahayanya, dan gerhana bulan akibat posisi bumi yang berada di antara matahari dan bulan sehingga tidak bisa memantulkan cahaya matahari ke bumi.

Pada zaman Nabi SAW telah berlakunya 1 kejadian gerhana matahari. Menurut ulama, berlakunya pada tanggal 29 Rabi’ul Awal tahun 10 Hijriah kerana memang gerhana matahari tidak terjadi kecuali pada akhir bulan Hijriah sedangkan gerhana bulan pada pertengahan bulan Hijriah. Bersamaan dengan masa kemangkatan putera baginda yang tercinta, Ibrahim.

Hal ini merupakan takdir Allah SWT kerana masyarakat jahiliyah dahulu berkeyakinan bahawa gerhana terjadi kerana ada kematian atau lahirnya seorang bangsawan atau yang berkedudukan tinggi. Maka Allah Ta’ala telah membatalkan keyakinan ini dengan menjadikan gerhana di zaman Nabi SAW (bersamaan kemangkatan putera baginda) untuk menjelaskan bahawa gerhana adalah Fenomena alam yang ditakdirkan Allah Ta’ala dan tidak ada kaitannya dengan kejadian apapun di muka bumi.

Rasulullah SAW bersabda:

Dari Abu Mas'ud radhiyallahu anhu berkata: Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda kebesaran Allah, di mana Allah menakuti hamba-Nya. Tidak terjadi gerhana kerana kematian seseorang manusia, akan tetapi keduanya merupakan dua tanda kebesaran Allah. Apabila kalian menyaksikannya, maka laksanakan solat dan berdoalah kepada Allah sehingga dikembalikan kembali oleh Allah” (HR Bukhari dan Muslim, nas ini lafaz Muslim 4/463 hadits nombor 1516).

Jadi pengajarannya yang boleh kita ambil adalah:

Pertama: Keduanya (Gerhana Bulan/Matahari) merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala yang menciptakan alam semesta ini, menguasainya, serta mengaturnya. Tidak ada satupun yang dapat menghalanginya sekiranya Allah Berkehendak untuk merubah aturan alam sebentar dari kebiasaan. Untuk menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa Agungnya Allah. Maka tidak wajarlah seorang manusia untuk menyombongkan dirinya di hadapan Allah. Justeru, seharusnya manusia perlu tunduk patuh kepada peraturan dan hukum Allah, tidak kepada yang lain.

Kedua: Ianya merupakan kehendak Allah untuk menakuti hamba-hambanya dengan mengingatkan mereka dari kelalaian dan dosa. Di mana telah berlakunya fitnah dan kerosakan di muka bumi yang berpunca dari tingkah laku manusia. Maka hikmah Allah SWT berkehendak, untuk menyedarkan mereka, bahawa azab dan siksaan-Nya di neraka lebih pedih dan kekal.

Ketiga: Bahawa kejadian-kejadian alam tidak ada hubungannya dengan kematian atau lahirnya seseorang. Jika Allah Berkehendak untuk menjadikan sesuatu, maka terjadilah.

Wallahu a'lamu bis-shawab.

Kredit untuk [abu raidah/voa-islam.com] atas penerangan yang banyak memberi input kepada saya....

Friday, December 9, 2011

Rezeki 3Hari

Alhamdulillah....disebalik ke'haruan' membusykan diri mengajar peserta kursus sana sini.......ada la juga berita 'happy' yang diperoleh bergolek-golek....

Rezeki Rabu, Khamis & Jumaat.... syukur...bkn 1 hari...akaun beranak 3 hari....hehe..

Walaupun ianya tak sebanyak macam sesetengah orang yang memperoleh bonus tahunan....saya assume je la ianya sebagai "BONUS"....

sebabnya, nak tunggu bonus betul2....memang tak la....dah di sound awal.....tiada kenaikan gaji...apatah lagi bonus...so redha la wahai hati...

Pada ketika ni...mulala otak ligat je mencari idea untuk 'membazirkan' wang ke jalan mana....

  • Bercuti?
  • Simpan dalam ASB?
  • Booking tiket flight (yang tak lepas2 berangan nak ke Sabah....)
  • or......
**Nota Buku Lali: astagfirullahalazim..... buat kira2 dulu ye...jangan main sebatje semua.......kui2...

Friday, December 2, 2011

Cerita Teman

Bila musim cuti sekolah ni banyak la undangan perkahwinan datang mengundang....tak kira yang dok dekat
mahupun dok jauh. Masing-masing ambil peluang nak meraikan hari bahagia masa cuti ini.

Tak ketinggalan juga berita dari teman-teman yang baru melahirkan baby. Seronok tengok.

Ucapan tahniah dari saya dan suami. Terutamanya pada yang pertama kali bergelar ibu.

Kat sini saya nak share link teman saya waktu sekolah menengah. Dia baru sahaja melahirkan bayi perempuannya pada 14 November lalu. Seronok membaca hasil nukilannya mengenai pengalaman dan detik-detik bersejarah melahirkan seorang bayi.

So kepada kawan-kawan, boleh jadikan ianya reference ye. Hehe...

Saya?....Alhamdulillah...masih tak putus-putus berusaha. Semoga ada peluang untuk merasai nikmat itu. Apa-apapun saya Redha. Ini adalah ujian Allah pada saya dan suami. Semoga kami akan terus bersabar dan tabah mengharungi hidup dimuka bumi ini. Insyaallah.

Awal Muharram memberikan semangat untuk melangkah dan berusaha untuk ke saat itu. Mudah2an.

***Nota Buku Lali: Pengalaman yang tak semua orang dapat rasa & pengalaman yang dirasa tak semua rasa sama.