Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

Masak-masak lagi....

Bila dah tak ada kerja nak buat cam ni la gaya nye...kumpul resepi banyak-banyak pastu buat. rasa tak ada la sesedap mana tapi lapar mata tu yang ngada-ngada..

Masa cuti hari isnin lepas, saya buat ni untuk suka-suka. percubaan pertama saya ialah:


Ini lagi ......

Dan lagi .......

Ini lah antara hasil yang saya buat untuk menghilangkan rasa boring di rumah. Bila buat suka-suka tergerak jugak hati nak buat untuk dijual...sekuarng-sukarangnya dapat lah saya meng'partime'kan diri....


wiiiiiiii......saya suka masak....

Sunday, June 26, 2011

Pilihan terbaik Maharajalawak

Bila tak ada kerja, macam ni lah antaranya aktiviti-aktiviti yang selalu dibuat di setiap minggu hari sabtu. boleh di katakan setiap minggu tak pernah miss. Ini adalah kes tak subcribe Astro....dalam youtube pun boleh tengok....

so check out show list 'maharajalawak terbaik' dari kaca ~mataayuku~ sepanjang musim....huhu

SEPAH 



 

JOZAN

 


NABIL


JAMBU


 

Saturday, June 25, 2011

Budak-Budak Sekarang

Entry hari ni adalah rungutan cik puan naz~ly....

huh, geram nye...(sambil menumbuk sambal)....tak tau la napa hari ni rasa cam nak marah je....
bila mengenangkan budak sekarang ni yang berlagak pandai di depan mata tapi hakikatnya 'zero' kat dalam...

alkisahnya bermula bila....

sekian lama tak buat kelas untuk budak-budak ni, so tergerak plak rasanya hari ni nak ajar dorang 1 laman web pembelajaran. sekurang-kurangnya bila memekak minta nak main game so saya boleh la bagi 'game education' yang saya ajar.....tapi..bila baru je masuk.... dan tak baca bismillah lagi nak ngajar, dah ada suara-suara kambing kat belakang... 'penatla kak.....malas la.....internet lembab la....' macam-macam....

tak faham betul dengan dorang ni.....bukan suruh angkat batu 9kg pun....angkat balak pe ke lagi....adoiii adik-adik oi....just tekan je kat keyboard tu..dan kasi goyang ini mouse....Ya Allah...apa lah malas sangat korang ni....bila akak bagi bonus main game 1/2 jam laju plak....siap sampai bergerak2 monitor korg kerjakan....korang makan apa erk sampai jadi macam ni....???...

yang betul memalukan...dah 1 tahun lebih tempat ni beroperasi...ade yang masih bebal nak bezakan keyboard dengan cpu..?....bila disuruh tekan keyboard.....dia boleh picit power on cpu....waaaa................ panas betul.... salah saya kah kalau time kelas tak nak datang, dan kalau datang wat toyer.
masuk telinga kanan keluar telinga kiri...? ini kes betul tau....'budak sekolah menengah bukan sekolah rendah'...... Ya Allah sabarkan lah aku.....nak nangis rasanya bile mengenangkan perangai korang dik.....

nak di bandingkan dulu ngan sekarang, rase cam jauh jugak bezanya...walaupun ayat ni penah di ulang oleh akak and abang saya (cos dorang nak compare ngan saya )....sungguh pun masa saya belajar ada kedegilan..tapi kalo cikgu garang atau time belajar memang concentrate la...cos ngadap komputer...masa dulu sape nak bagi pegang komputer beb......nak sentuh pun agaknya dah kena sound....sekarang, komputer dah tak jadi pelik....silap-silap 1 rumah ada 2-3 teknologi ni....dengan lappy nya, netbooknye....

yang jadi kemusykilan saya.....siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ni?....kadang-kadang terfikir jugak akan keburukkan internet ni....saya takut sekiranya 1 hari nanti....komputer yang tak jadi pelik ni...akan disalah gunakan oleh generasi akan datang untuk perkara-perkara yang tak baik....tengokla je sekarang .... mind set dorang hanya games, video dalam youtube dan FB...

Ya Allah...
Selamatkan anak bangsaku....

Friday, June 24, 2011

Pisang Se-sikat

Sebelum ni, saya tak pernah tahu yang pisang mempunyai banyak khasiat....bila terbaca artikel yang dikeluarkan surat khabar 'kosmo' edisi 24 Jun 2011, barulah saya faham dan dapat input mengenai aneka khasiat yang terkandung dalam sebiji pisang.

Rupa-rupanya, bukan sahaja masalah sembelit, pisang juga berperanan dalam membantu risiko penyakit anemia, merendahkan tekanan darah dan bla bla....

So, kat sini saya de paste artikel yang berguna untuk bacaan semua; "sumber diambil dari akhbar KOSMO (column kesihatan)"



Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang. Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus. Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi namun didapati tidak ada kesan sampingan pada kesihatan. Terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng. Pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak. Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit. Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang. Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin. Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan. Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu. Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

Wa....banyakkan khasiatnya??...so apa kata lepas ni pakat ramai-ramai beli pisang...and amalkan gaya hidup yang sihat dengan en.Pisang..

*Buku Lali: CikPuan Naz~ly sebenarnya pun ade masalah macam yang disebut kat atas....so, pasni bolehla praktis makan banyak buah pisang hehehe..............................................achi..kasi pisang sikat! hihi...

Thursday, June 23, 2011

I Force To Smile???

Flash back hari-hari yang berlalu.....

Dah hampir 2 tahun saya menapak di bumi kelahiran ini....mendapat tawaran kerja di kampung halaman sendiri adalah pengalaman yang menyenangkan hati...mana tidaknya...kos hidup yang sangat la rendah, jauh dari hiruk pikuk kota yang busy.....nak ke tempat kerja..tak perlu bersesak-sesak...dan pastinya perjalanan tak pernah jem. Bangun lewat pukul 8.45 pagi pun masih sempat punch in sebelum pukul 9......pendek kata disini semuanya jimat...

 @Ofis, saya hanya ada seorang teman sekerja, itu pun jumpa 3 kali seminggu....kami bekerja bersama hanya pada hari jumaat - ahad. so waktu lain tu masing-masing bercuti. bila lonely macam ni, teringat balik masa zaman-zaman belajar dulu....boleh dikatakan semua kerja dibuat in a team......so, masa tu la nak gelak terbahak-bahak, nak nangis, nak bercakau and macam-macam lagi.....
bila nak menyesuaikan diri bekerja sendiri, memang sesuatu yang agak sukar...

Apa yang berlaku hari ini macam visual yang diulang tayang seperti semalam...datang pagi-pagi punch in, sapu sampah, mop cermin+meja, buka internet dan bila balik punch out. Perkara pertama bila berdepan dengan internet explorer/mozilla firefox ni plak...adalah buka FB dan Email rasmi company....boleh dikatakan 2 aplikasi ni..susah nak log out kecuali waktu rehat dan balik. Sekiranya ada orang datang....buka pc, bayar & dorang pun bla...Hmmmmm....tapi time tertentu, aktiviti harian saya terisi jugak kalau ada kelas.....sekurang-kurangnya taklah mengadap sepenuh masa internet ni....

Bila dah habis idea nak buat apa, masa tula baru nak update blog...edit gambar, cari resepi, baca blog orang dan cari kekosongan kerja terkini...perkara-perkara ni dah jadi seperti rutin harian utama saya....semakin hari saya rasa bosan, penat dan tertekan......
melakukan perkara yang sama bukan la sesuatu yang menyeronokkan....

Am i force to smile??

Saya tak pasti boleh stand lagi atau tidak kalau keadaan ini berterusan pada hari-hari mendatang....

Ya Allah..teruknya saya......bukan saya tak bersyukur dengan keadaan sekarang......bukan senang orang nak bagi 2k untuk kerja-kerja macam ni....bila melihat orang lain yang mengharap kerja ...timbul rasa insaf dalam hati...untuk bertahan semampu boleh....

Ya Allah..saya mohon untuk kuatkan iman dan tingkatkan kesabaran dalam hati saya....sekiranya peluang rezeki saya masih lama disini, semaikan benih rasa cinta saya pada kerjaya yang saya lalui ini...mudah-mudahan saya tidak lagi memaksa untuk senyum kepada insan yang mengharap senyuman ikhlas saya.....saya tak nak jadi hipokrit...

aminn....

Wednesday, June 22, 2011

Hari Istimewa Dengan Hubby

Selamat ulang tahun kelahiran hubby. Tanggal 21hb Jun lalu......genaplah usia 28 tahun sang adiwiraku....
Semoga dengan pertambahan usia ini, Allah akan melimpahkan rezeki, memanjangkan usia dan memberkati lagi kehidupan kita sebagai suami isteri.....ameen...

~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~* ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~

walaupun sebentar...this is a few moment that we share together... a day unforgettable ....... with you my dear.....


*******************************************************************


**********************************************************

*******************************************************************


***************************************************************************


***********************************************************************


Setiap saat bersama itu, adalah anugerah yang sangat terindah....mudah2an Kasih dan Sayang ini akan berkekalan dan berpanjangan walaupun masa sentiasa bertukar waktu....

I Love You....


by:
Isterimu....(Cik puan Naz-ly)

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa...

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah yang dah banyak berjasa dalam hidup saya selama ini iaitu 'En.Zakaria Bin Ahmad'....Terima Kasih abah..kerana telah menjaga, memberi pelajaran dan memenuhi setiap keperluan yang adik perlukan....dari kecil sehingga ke hari ini..jasa dan pengorbanan mu tidak pernah adik lupakan...malahan dihati ini, mengharapkan jasa tersebut dapat dibalas...walaupun ianya bukan suatu yang mudah....

Adik juga ingin memohon keampunan atas setiap perbuatan yang telah adik lakukan secara niat atau pun tanpa niat..yang mana menyinggung perasaan abah...adik tahu, abah berkecil hati....dalam hati ini, hanya Allah yang tahu bertapa sayunya hati ini kerana telah melukakan hati abah....abah bukan garang atau marah....tapi abah memang jenis cakap camtu...dah banyak kali mak cuba pujuk adik dengan ayat macam tu....kata-kata abah boleh wat orang yang sensetif macam adik selalu terasa... adik tahu tapi hati adik selalu susah nak faham...dan kerana ego dan perasaan malu juga...adik tak pernah ungkap perkataan 'maaf' apatah lagi ungkapan 'adik sayang abah'....

Abah....adik sedar, adik bukan anak yang terbaikkan....


Abah,
adik tak pandai nak ekspresikan rasa kasih dan sayang adik pada abah. adik malu....adik nak macam orang lain-lain....bermanja-manja..walaupun waktu sekarang bukan macam adik yang berbelas-belas tahun yang lalu...kita dekat..tapi kita jauh....abah......ketahuilah......walaupun luarannya adik kasar...namun tidak langsung didalam hati.....walaupun adik menangis kerana terasa...tidak langsung menyimpan dendam di hati ini....

jauh disudut hati...adik akan sentiasa doakan kesejahteraan abah dan juga mak di dunia dan akhirat....maafkan atas kesilapan dan kesalahan adik....adik tak nak jadi anak yang berdosa....adik harap..adik dapat sampaikan luahan 'ADIK SAYANG SANGAT ABAH' suatu hari nanti....Selamat Hari Bapa 'abah'.......



Tidak dilupa.......
Kepada suami ku Nazaruddin,

Syg mengharapkan masa untuk gelaran untuk itu akan tiba....hanya Doa sayang panjatkan semoga Allah memakbulkan impian kita....yang mengharap zuriat tanda kasih dan sayang bersama...

Semoga tahun hadapan, impian dan harapan ini akan terlaksana untuk merai waktu ini bersama-sama....

Aminnn.....

Saturday, June 18, 2011

Kek Coklat Kukus Untuk Hubby....

Semalam, masa kat tempat kerja.. otak saya ni terfikir2 nak masak pe untuk hubby bila balik malam ni..so cari punya cari resepi...saya terjumpala 1 artikel yang tulis cara-cara nak buat kek coklat kukus. wa..macam best.....so, saya pun ambil and print.

Nak dijadikan cerita, saya terus pecut motor ke kedai masa balik makan tengahari,...cos time rest untuk hari jumaat agak panjang.......saya beli tepung gndum, susu pekat + cair.....bila sampai rumah, bermulalah operasi membuat kek saya....sebenarnya, ini merupakan kali pertama saya mencuba membuat kek kukus ni....jadi, dalam hati ni takut-takut gak kalau resepi yang dibuat tak menjadi.......

****setelah 1 1/2 jam berlalu.....


Alhamdulillah..ini lah hasilnya kek coklat kukus saya khusus untuk suami tercinta....saya buat dalam dua acuan, iaitu acuan cawan kecil dan mangkuk....walapun bentuknya xla meyelerakan...(rendah diri tau) tapi alhamdulillah...mak tersayang pun cakap...'sedap la dik......' hehe....

so pe kata...jamu mata sekejap...... :-)


Thursday, June 16, 2011

Tsunami Nora Elena

Skgni meletup kt TV3 drama slot akasia 'Nora Elena'...lakonan Siti Saleha & Aaron Aziz betul2 wat saya jatuh hati dengan jalan cerita dan lakonan mereka. nampak sesuai & comel je...Drama ini merupakan adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk 'Kasih Yang suci' hasil nukilan Meen Zulaikha...so disebabkan tsunami tersebut..saya dengan rasa teruja nye telh membeli novel tu kat Karangkraf. (kebetulan masa datang untuk interview kat situ)...

Dari sudut mata ayu saya; Terdpt byk perbezaan di antara jalan cerita yang ditayangkan sekarang & hasil nukilan utk bacaan...
sekiranya saya diberi pilihan untuk membuat undian; pasti saya akn memilih 'Drama Nora Elena'....kerana pengarah berjaya membuat olahan cerita yang menarik, jalan ceritanya agak jelas, tidak dragging, perwatakkan yang dibawa juga tidak mengelirukan & tidak la terlalu complicated.....so, syabas diucapkan kepada team 'Nora Elena'....

Namun begitu, novel hasil tangan Meen Zulaikha juga bgus untuk dibaca...kerana 'Kasih Yang suci' merupakan tonggak Idea dalam pembikinan drama ini. Tanpa meen , tiadalah Nora Elena....So Big Clap for her too....cayala!!!!

Pahang+Selangor - Kedah - Langkawi

3hb Jun hari tu, kitorang 1 family pakat ramai2 gerak ke utara tanah air M'sia..untuk attend 1 knduri kahwin sepupu sebelah abah..plus dalam masa yang sma ambik kesempatan wat trip ke langkawi.....huh...memang best...excited giler nak tengok helang gergasi, naik feri, shoping coklat & ++++...(yang penumpang mmeng sonok la...yang siannye driver...boleh jadi nk tercbut lutut huhu...bapak la jauhnye...sian hubby saya)...

masa hari pertama, kami terus ke rumah toklang di kuala kertil..(adik pada arwah tok kami).....stay 1 malam kat sana, sblm pada hari soknye gerak ke sungai petani (umah kenduri)...
 
dlm kol 12 kitorg dh gerak utk ke kuala perlis, teruja amat...nak2 plak bile smpai je..dh nampk feri park nk amik penumpang....fuyoo..lgi excited bile nmpk de yg trun smbil bwk barang2 shoping dr langkawi...hehehe...mase tu timbul la tnduk ats pala....'langkawi......here i come'......huhu...
harga tiket dr kuala perlis ke langkawi charged RM18/person...budak2 bwh 12thn plak RM13...bayngkan lah bile bwak 22 orang kroni....huhu.....mmg kopak gile....

my first experience bile naik feri..huhu...tkut gak kalo dibuatnye mabuk laut....agaknye mmg dh terjadi kes seblm ni yang muntah lambk....so, owner feri dah prpare plastik yg di gantung untk kegunaan penumpang...so anyone are plasure tu vomit...huhu...

sampai je dh lewat kat jeti Kuah...nak dijadikan citer, tunggu keta sewa lgi la lambat....adooii..tempah awal pun cmni gak ke?....kitorng menapak dekt 2jm lebih sblm gerak ke Sugary Sand Motel.....kalo tau, xpyhla sibuk2 nk book online...cos mase kuar je dri pintu jeti ke jety point dh ramai 'egen' menunggu utk sewakan keta pade sape2 yg masih terkontang kanting....planning awal van pregeo 2 buah..tp bile smpai trus bertukar jadi van vanette 1, wira & proton saga cabuk....

Kitorang bermlm kat Pantai Chenang..rupa2nya banyak sngt motel2 chalet yang wat offer untuk disewa pada pengnjung...memang happening gile...cos time cuti sekolah..ramaila yng bawk fmily2 mkn angin ke sini...
kat sini kitorg menyewa 5 bilik..terdpt 2 ktil/bilik....so nk privacy pada 'pengantin baru' cm kitorg...so kitorg concure 1 bilik 2 orang.....tilam 1 lagi dah kena rompak oleh anak buah awal2....hahaha...

sok2 pagi nye...seawal kol7 kitorg dh trun ke pntai...huhu..memang best...mula2 plan nk tgok je orang mandi manda..cos pagi2 ni sejuk...tapi ntah aura mane menarik...xsemena2....rupe2nye kaki dh msuk dlm air.........huhu......bile ombak memukul..ape lagi?
.....mula2 basah sikit....then trus basah smpai kepala....setakat mandi ditepi memang saya la expertnya..tp bile nk ke tengah...oh tidak!!!..saya la insan penakut itu....huhu..

kat sana kitorg ke Langkawi Geopark Info Centre..boleh kata kat situ, macam pekan kecil yang menjual macam2...except orang....disebelahnya pula terdpat kaunter untuk kereta cable...planing utk naik terpkse cancel cos harga tiket aje RM30+25 untuk budak2....so kitorg decided utk jalan2 aje...smbil shoping baju2+t-shirt...then kitrorg ke pekan kuah (Ismail Group) utk shoping coklat..., shoping gamat di sireh lagenda, gi makam mahsuri & beras terbakar....wa...mmg best....& sempat jugakla singgah di pasar malam Padang Maksiat Maksirat.

Malam tu kitorg mkn kt area Sugari sand motel ni gak....order pnye order..xsedar bile bil dekat RM300....huhu...nak xnak msing2 kena derma....hbis mkn kitorng jaln kaki plak ke dpn jalan besr...rupa2 nya, kat situ bile malam lagi happening..macam bazar, bayak gile kedai2/gerai2 yang jual macam2 barang....dari sekecik2 smpaila sebesr2 nya...mmg syiok!!!....

pagi hari berikutnye kitorg dh gerak ke jety utk pulang...huish..rse cm sekejapje.....xpuas rasanye jalan2 mkan angin di langkawi...percutian kali ni saya boleh conclude sebagai percutian yang 'menggembirakan, seronok, happening & sweet'....dlm hati ni, menyimpan perasaan utk datang lagi ke sini....
Langkawi..hope kite jumpe lagi.....hehehe...

Home Made Pizza..

Oleh kerana duk jauh ngan husband ni..macam2 rancangan yang nk dibuat time hujung minggu. masa tu mula la nak tunjuk bakat memasak..huhu...dari resepi cekodok bawak la ke resepi yang amik dari internet...so this is my best achievement for time being...huhu...cos hubby puji..sedaaaap....



those yg nk cube..boleh search kat tenet 'home made pizza'...saya pun dh lpe pe nme blog yang yang saya curi2 amik that resepi...pas ni...akn menyusul mcm2 lagi....'wife & kitchen....'

......oh.....sedap gile...i like....