Flash back hari-hari yang berlalu.....
Dah hampir 2 tahun saya menapak di bumi kelahiran ini....mendapat tawaran kerja di kampung halaman sendiri adalah pengalaman yang menyenangkan hati...mana tidaknya...kos hidup yang sangat la rendah, jauh dari hiruk pikuk kota yang busy.....nak ke tempat kerja..tak perlu bersesak-sesak...dan pastinya perjalanan tak pernah jem. Bangun lewat pukul 8.45 pagi pun masih sempat punch in sebelum pukul 9......pendek kata disini semuanya jimat...
@Ofis, saya hanya ada seorang teman sekerja, itu pun jumpa 3 kali seminggu....kami bekerja bersama hanya pada hari jumaat - ahad. so waktu lain tu masing-masing bercuti. bila lonely macam ni, teringat balik masa zaman-zaman belajar dulu....boleh dikatakan semua kerja dibuat in a team......so, masa tu la nak gelak terbahak-bahak, nak nangis, nak bercakau and macam-macam lagi.....
bila nak menyesuaikan diri bekerja sendiri, memang sesuatu yang agak sukar...
Apa yang berlaku hari ini macam visual yang diulang tayang seperti semalam...datang pagi-pagi punch in, sapu sampah, mop cermin+meja, buka internet dan bila balik punch out. Perkara pertama bila berdepan dengan internet explorer/mozilla firefox ni plak...adalah buka FB dan Email rasmi company....boleh dikatakan 2 aplikasi ni..susah nak log out kecuali waktu rehat dan balik. Sekiranya ada orang datang....buka pc, bayar & dorang pun bla...Hmmmmm....tapi time tertentu, aktiviti harian saya terisi jugak kalau ada kelas.....sekurang-kurangnya taklah mengadap sepenuh masa internet ni....
Bila dah habis idea nak buat apa, masa tula baru nak update blog...edit gambar, cari resepi, baca blog orang dan cari kekosongan kerja terkini...perkara-perkara ni dah jadi seperti rutin harian utama saya....semakin hari saya rasa bosan, penat dan tertekan......
melakukan perkara yang sama bukan la sesuatu yang menyeronokkan....
Am i force to smile??
Saya tak pasti boleh stand lagi atau tidak kalau keadaan ini berterusan pada hari-hari mendatang....
Ya Allah..teruknya saya......bukan saya tak bersyukur dengan keadaan sekarang......bukan senang orang nak bagi 2k untuk kerja-kerja macam ni....bila melihat orang lain yang mengharap kerja ...timbul rasa insaf dalam hati...untuk bertahan semampu boleh....
Ya Allah..saya mohon untuk kuatkan iman dan tingkatkan kesabaran dalam hati saya....sekiranya peluang rezeki saya masih lama disini, semaikan benih rasa cinta saya pada kerjaya yang saya lalui ini...mudah-mudahan saya tidak lagi memaksa untuk senyum kepada insan yang mengharap senyuman ikhlas saya.....saya tak nak jadi hipokrit...
aminn....
No comments:
Post a Comment