Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Friday, June 24, 2011

Pisang Se-sikat

Sebelum ni, saya tak pernah tahu yang pisang mempunyai banyak khasiat....bila terbaca artikel yang dikeluarkan surat khabar 'kosmo' edisi 24 Jun 2011, barulah saya faham dan dapat input mengenai aneka khasiat yang terkandung dalam sebiji pisang.

Rupa-rupanya, bukan sahaja masalah sembelit, pisang juga berperanan dalam membantu risiko penyakit anemia, merendahkan tekanan darah dan bla bla....

So, kat sini saya de paste artikel yang berguna untuk bacaan semua; "sumber diambil dari akhbar KOSMO (column kesihatan)"



Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang. Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus. Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa. Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium. Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat. Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi namun didapati tidak ada kesan sampingan pada kesihatan. Terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng. Pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak. Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit. Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang. Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin. Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.

Selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari. Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan. Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu. Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

Wa....banyakkan khasiatnya??...so apa kata lepas ni pakat ramai-ramai beli pisang...and amalkan gaya hidup yang sihat dengan en.Pisang..

*Buku Lali: CikPuan Naz~ly sebenarnya pun ade masalah macam yang disebut kat atas....so, pasni bolehla praktis makan banyak buah pisang hehehe..............................................achi..kasi pisang sikat! hihi...

No comments: