Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, August 10, 2011

de-active account for temporary....

Saya tak tahu kenapa, semakin hari saya makin bosan pada awak...rasa sayang dan kasih saya makin berkurang...

Dulu saya anggap awak adalah satu kemestian pada saya...awak berjaya memberi kemanisan dan kegembiraan dalam hidup saya...awak membantu saya memberi kemesraan dengan insan lain...awak juga tak putus-putus bagi saya semangat dan kata-kata yang membuatkan saya terharu, tersenyum, terkesima dan kadang-kadang mengingatkan saya pada zaman kecil saya....

Jadi....saya tak akan nafikan ada kebaikannya bila bersama awak...

Tapi....

Sejak 2 menjak ini, saya seakan hilang rasa kepercayaan pada awak...awak seolah-olah mengkhianati hubungan kita........Kadang-kadang......awak berjaya menyusahkan perasaan dan mendera emosi saya.....saya tak nak bergaduh atau membenci orang lain kerana awak....sebab.... awak tak pernah langsung menyebelahi saya....awak kaku.....awak diam seribu bahasa......

Saya juga kesal kerana awak tak menghalang bila ada yang mengutuk, mengherdik, menghina sesuka rasa.....tanpa memikirkan perasaan orang lain.... Apa lagi menggunakan kata-kata yang pedih dan jijik untuk di baca....... walaupun ianya bukan direct  pada saya...tetapi...kehadiran mereka memberi tempias kepada saya yang masih bersama awak......

tiada lagi kata-kata manis, tiada lagi gelak tawa.......

Saya minta maaf, sekiranya kata-kata saya ini menyinggungkan perasaan awak....malahan kepada insan-insan lain yang tetap setia pada awak....

kerana itula.....sejak akhir-akhirni....saya selalu meng de-activekan awak.....buat sementara..
awak bukan lagi kepentingan dalam hidup saya.....dan saya harap awak tidak melukakan insan lain sebagaimana awak berjaya melukakan hati saya.....

Tidak terniat langsung membuat dosa....saya hanya meluahkan apa yang dirasa.....mudah-mudahan Allah membuka kebaikan disebalik kehilafan.....saya bukan sempurna..dan pastinya awak juga......

Buat sekian kalinya.................................... tolonglah......privacy saya jangan di jaja......



**Nota Buku Lali: Manfaatkan laman sosial dengan sebaiknya....

No comments: