Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, August 3, 2011

sekian lama....

Sekian lama tak mengadap blog..terasa rindu pulak nak mengomel-ngomel...macam-macam cerita yang terjadi sepanjang hampir 2 minggu berkursus ni...ada suka, marah dan gembira....

Kejadian 1:

Masa kat empress hotel, duduk berkongsi 3 orang 1 bilik...mujurla 1 hari..kalau 2 minggu tak taula camne....bilik sempit untuk memuatkan 3 orang. huhu.
time kursus kat PICC plak...bapak la ramainye kawan-kawan baru. duduk dalam dewan 3, dengar ceramah sambil main FB. huhu...boring punya hal, langsung tak faham apa yang cuba di sampaikan oleh penceramah. ajar cara membuka akaun dengan internet yang slow, ajar membuat komen, ajar mencari list buku....hahaha...memang kelakar....anak buah saya umur 7 tahun pun teror...


Kejadian 2:

Konvoi ramai-ramai ke ***** International Hotel. Tengok dari jauh....waaaaaa..gahnya hotel...besar, tinggi, siap ada mall lagi.
tunggu punya tunggu dapat la 1 bilik dengan ida . Best, cos dapat bilik besar dengan katil besar (tapi ida dah booking dulu) hahaha. Kalau ada anak, boleh main bola sepak dalam bilik hehehe.... kecacatan pertama bila lantai bilik kami hanya mozek, bukan karpet....huisshh.....bila nak bangun subuh...liatnya la..cos sejuk nak pijak lantai..


Kejadian 3:

Indah khabar dari rupa.....tak di sangka-sangka, ramai kengkawan dapt penyakit gatal. camne la hotel yang kat tengah-tengah bandar dan boleh dikatakan ramai betul tetamu especially yang reserve untuk buat kursus ...... boleh ada PIJAT???!!!.
haha....nak terkucil dengar...rasanya perkara macam ni tak patut berlaku dan secara tak langsung betul-betul memberi gambaran buruk orang ramai kepada pihak hotel...adoiii.....(for sure, i never come again). on the end of training, GM hotel pun turun padang dan buat permohonan maaf secara terbuka. Dari ayat kawan-kawan.. (dia wat muka tak bersalah)...hehehe

Kejadian 4:

Flashback kes hari tu.... tak sangka saya dapat jumpa mamat yang telah menimbulkan kemarahan saya. Bila jumpe face to face, comfirm diperakui mamat tu memang berlagak..speaking london la sangat....ya Allah, bukan nak benci, tapi saya terpaksa benci cos hati saya terluka dengan kata-kata awak.....sorry....nak dijadikan cerita masa 1 dewan dengan dia, dia ada la possing2 tangkap gambar...saya?...ada 'aku kesah..? just ignore......tapi, tb2 masa dia lalu sebelah saya....kwan saya (ida) bagitau yang dia macam snap gambar saya......adoiii....tak taula ape masalah dia....tak perlu nak buat saya marah lagi....cukup2la hari tu....hisssh...sengal....

Kejadian 5:

Projek terbaru: terpkasa bekerja keras untuk mengadakan kelas kepada orang ramai.
Targer per month: 74 sijil yang merangkumi pelbagai peringkat umur....waaa......tersedak and terdesak nya....
macammana nak capai KPi camni?.....saya buntu!!!.....ya Allah kuatkan lah saya... saya takut tak boleh stand sorang-sorang pikul tanggungjwab besar ni......

** Nota Buku Lali: macam-macam hal yang berlaku 2 minggu kebelakangan ni..semuanya gara-gara kursus mendadak....wherether i hate that...i must to love it....oicccchhh..

No comments: